Laman Utama

Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy

Maliah Surip
07/12/2023
14:44 MYT
Sponsor Banner
Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy
Pesohor Angelina Jolie mengaku tidak pernah terpesona dengan glamor dunia Hollywood.
Jika dilahirkan pada zaman ini, Jolie mengatakan dia tidak akan menjadi aktres kerana menyifatkan Hollywood sebagai sebuah dunia yang tidak sihat.
“Saya tidak akan menjadi aktres hari ini. Dulu sewaktu saya bermula, saya tidak pernah terfikir perlu berkongsi terlalu banyak tentang peribadi hanya kerana diri dikenali,” katanya kepada WSJ. Magazine.
Anak kepada pasangan pelakon Jon Voight dan Marcheline Bertrand ini kemudian berkata: “Oleh kerana saya telah lama hidup dalam dunia Hollywood saya tidak pernah teruja mengenainya.
“Hollywood adalah dunia paling tidak sihat. Jadi saya mencari sesuatu yang lebih asli.”
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.
“Badan saya stress. Kandungan gula dalam badan saya turun dan naik.
“Saya juga tiba-tiba diserang Bell’s Palsy enam bulan sebelum bercerai,” dedahnya.
Bell’s Palsy melibatkan kerosakan dalam saraf muka yang menjadikan satu sisi muka seseorang lemah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar