Laman Utama
Angez Mo Cari Netizen Yang Panggil Dirinya Nenek Hip Hop
Pesohor Indonesia, Agnez Mo diketahui sangat jarang mengambil peduli tentang haters atau netizen yang selalu mengkritik dan mengecam dirinya.
Apa lagi usia karier seni penyanyi yang sukses di Amerika Syarikat ini juga sudah berusia lebih dua dekad.
Namun lain dengan kes yang satu ini. Penyanyi Matahari itu kini mencari seorang netizen yang menggelarkan dirinya sebagai ‘nenek hip hop’ dan meminta pemilik di sebalik akaun Sisca Fanny 27 bersedia untuk bertemu.
“Tolong diperhatikan ya, kerana anda sepertinya sangat mahu perhatian daripada saya, sekarang saya akan berikan. Lagipun saya ada banyak masa,” ujar Agnez Mo seperti dilaporkan Detik.com.
Kenyataan itu dikeluarkan Agnez Mo selepas dirinya terbaca komen yang ditinggalkan pemilik akaun tersebut sewaktu dia membuat siaran langsung bersama penggemarnya baru-baru ini.
Sewaktu sedang rancak bersembang, mata Agnez Mo ‘menangkap’ komen yang berbunyi: “Yang menonton (live) semuanya orang Indonesia.
“Tapi cakap Inggeris gaya nenek-nenek Hip-Hop.”
Selepas melihat komen tersebut, Agnez memberitahu dia teringin melihat sekaligus bertemu pemilik akuan itu.
“Teringin lihat orangnya macam mana. Kita screenshot, terus kita cari orangnya. Kita sudah ada orang IT kan buat tangkap individu yang seperti ini,” katanya lagi.
Malah dengan tegas Agnez Mo mengatakan dia memang mahu bertemu dengan pemilik akaun tersebut.
“Saya sudah tahu nama anda. Nanti akan tahu alamat dan seterusnya yang lain lebih mudah,” ucap Agnez Mo lagi.