Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anggota Berkumpulan Ditangkap Mabuk & Tertidur Dalam Kereta ‘Curi’ Di Tepi Jalan

Maliah Surip 11/10/2022 | 11:50 MYT

Salah seorang anggota kumpulan Shinhwa, Hyesung, sedang ditimpa masalah.

Hyesung ditahan pihak polis dari Seoul Songpa Police selepas mendapati dia tertidur di dalam sebuah kereta bukan miliknya, di tepi jalan.
Penyanyi itu kemudian enggan menjalani ujian nafas untuk memastikan kadar alkohol atau bahan terlarang di dalam badan.
Selepas berita tersebut tersebar, pihak agensi Shinhwa, Liveworks Company tidak mengambil masa yang lama untuk memberi penjelasan.
Agensi tersebut membenarkan berita penyanyi itu ditahan polis kerana tertidur di dalam kereta ‘curi’ dan berada dalam keadaan mabuk.
“Pada 10 Oktober sekitar pukul 11 malam waktu tempatan, Shin Hyesung beredar dari sebuah majlis yang diadakan di sebuah restoran.
“Hyesung telah mengambil minuman beralkohol sewaktu pertemuan itu. Dia kemudian mengambil kunci kereta daripada pihak valet sebelum mula memandu pulang.
“Namun dalam perjalanan pulang, dia tertidur di bahu jalan. Ada pihak membuat aduan dan polis datang memeriksa kenderaan tersebut.
“Selepas diperiksa, polis mendapati individu di dalam kenderaan tersebut adalah Hyesung dan selepas mengambil ujian nafas, dia berada dalam keadaan mabuk.
“Namun Hyesung tidak mencuri kenderaan yang dibawanya. Dia tidak sedar kereta yang dipandu bukan miliknya selepas mengambil kunci daripada valet,” jelas agensi tersebut seperti dilaporkan AllKPop.
Hyesung juga kata agensi tidak akan berdalih atau menafikan fakta yang telah terjadi. Lantaran itu dia meminta maaf di atas perlakuan kurang baiknya.
Kredit Foto: AllKPop

#Viral #Kpop #Korea #Curi #Hyesung #Shinhwa
;