Laman Utama

Anggota Bomba Viral Dihanyutkan Arus Deras Ketika Bantu Mangsa Banjir, Meninggal Dunia

Fiza Kamarudin
21/10/2021
08:22 MYT
Sponsor Banner
Anggota Bomba Viral Dihanyutkan Arus Deras Ketika Bantu Mangsa Banjir, Meninggal Dunia
Seorang anggota bomba yang tular di media sosial ketika sedang membantu mangsa banjir, dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya Che Jusoh, 46, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Diya.
Klik di sini untuk berita lanjut atau layari Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar