Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
BERITA BERKAITAN : “Saya Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Kalau Anak Sendiri Yang…” | Keluang Man Of The Month
BERITA BERKAITAN : "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah
BERITA BERKAITAN : Adib Reveal Kekasih Hati, Amin & Abid Kembar Paling Bijak Abad Ini! | Motif Trending
BERITA BERKAITAN : TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session
Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, sehingga kini anggota berkenaan belum dapat memulakan tugas.
"Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa.
"Dia kemudiannya dibenarkan keluar dari wad pada 16 Ogos lalu, namun masih belum sembuh sepenuhnya dan tidak dapat memulakan tugasnya," katanya pada Jumaat
Beliau berkata, keadaan anggota yang mempunyai empat anak berusia empat hingga sebelas tahun itu semakin baik tetapi tidak banyak bercakap kerana sukar untuk mengingat sesuatu perkara.
"Bagaimanapun, kami di pihak JSPT Kontinjen Negeri Sembilan dan di peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta rakan-rakan sering melawatnya untuk memberikan sokongan dan sebarang bantuan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuknya," katanya.
Sementara itu, mengenai kemalangan berkenaan yang membabitkan suspek remaja, beliau berkata,kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Siasatan masih berjalan dan dia akan dituduh di mahkamah jika siasatan sudah selesai. Difahamkan, ibu bapa remaja juga bakal dikenakan tindakan undang-undang," ujarnya.
Media ini pada 28 Julai lalu melaporkan anggota polis trafik dan seorang remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Lekas.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban itu sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan apabila dikatakan dirempuh remaja berkenaan yang melawan arus.
SUMBER:Sinar Harian