Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Angkat Tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro Tawarkan 620 Jam Kandungan Menarik Ramadan Ini!

Umirah Halim 01/03/2024 | 09:00 MYT

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Astro bakal menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.

Bertepatan dengan tema 'Masa, Anugerah Terindah', para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga.

Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.

Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran Assalamualaikum, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat.

Program Assalamualaikum telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan di Pahang pada 7 Mac.

Antara kandungan yang menarik untuk Ramadan ini termasuk;

Astro juga bakal menyajikan 6 buah drama baharu sepanjang Ramadan 2024 antaranya;

Astro Ceria (Saluran 611) juga bakal menampilkan sebuah drama mencuit hati yang berjudul 'Kampung Puasa', bermula 8 Mac.

Dalam pada itu, bagi program variasi santai penuh inspirasi pula bakal Astro akan menyajikan;

Program komedi yang mencuit hati seperti Sepahtu Reunion Live Moreh, Kak Lina ter'over' Take Over dan Yak Yak Yey juga bakal bersiaran untuk menghiburkan penonton sepanjang Ramadan.

Sementara itu, filem menarik sepanjang Ramadan termasuk Tilam Perca, lakonan hebat Norlia Ghani, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Farahdhiya yang bakal bersiaran pada 30 Mac; filem keluarga Satu Hari Sebelum Raya, arahan Syahmi Sazli, pada 6 April, di Astro Citra (Saluran 108).

Manakala program kanak-kanak, Upin & Ipin Iqra, Upin & Ipin Ramadan dan Omar & Hana, bermula 11 Mac; dan Papa Pipi Ramadhan Raya, bermula 11 Mac; Filem animasi Nussa The Movie, pada 17 Mac, 3 petang di Astro Ceria Saluran 611).

Peminat kandungan digital juga bolen turut berhibur dan menyaksikan program-program terbalk, termasuk:

Bagi peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di Astro First, termasuk:

Platform Radio

Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio, termasuk:

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Ramadan Astro 2024, sila layari www.astroramadan.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.

Tawaran Buat Pelanggan Astro

Astro berbesar hati memperkenalkan saluran baharu 'JOM NGAJI' (Saluran 130) di sooka dan NJOl tapa sebarang kos tambahan.

Pelanggan sooka dan NJOI kini boleh memulakan perialanan Ramadan dengan penuh ketenangan bersama saluran baharu ini kerana ia menampilkan Qari-gari tempatan yang akan membacakan ayat-ayat suci dari Al-Quran serta menerangkan maksud di sebalik ayat yang dibaca agar dapat menjadi santapan nurasi kepada para pelanggan di bulan Ramadan ini.

Pelangan Astro boleh meraikan sambutan Ramadan dengan tawaran rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%* bermula daripada hanya RM41.99/bulan.
Untuk pengalaman hiburan keluarga semua-dalam-satu, pelanggan Astro juga boleh menambah Astro Fiber pada langganan yang kini menawarkan 500Mbps untuk hanya RM90/bulan** (RRP: RM189) selama 24 bulan.

Untuk langganan sifar kontrak, pelanggan bole mempertimbangkan Pek Hiburan sooka yang mengandungi semua program ini untuk masa bersama keluarga yang lebih di suci ini melalui www.sooka.my.

Sebagai tambahan, para pelanggan juga dapat menindahkan bulan Ramadan bersama Astro dan jadikan 'Masa, Anugerah Terindah' dengan berkongsi sticker eksklusif Ramadan Astro di aplikasi WhatsApp bersama keluarga dan insan tersayang.

Muat turun sticker WhatsApp Ramadan Astro di aplikasi My Astro dan SYOK.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Berkesempatan dengan bulan Ramadan ini, pihak Astro Kasih buat julung Kalinya menganjurkan Kempen Kasin Ramadan dengan membuka tabung sumbangan kepada masyarakat umum untuk membantu golongan yang memerlukan. Segala hasil kutipan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan Ikhlas.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi di https://yayasanikhlas.org.my/.

#Astro #Ramadan #Kandungan
;