Hiburan
Animasi Tempatan Sama 'Level' Animasi Antarabangsa
Sektor animasi tempatan dilihat kian berkembang setanding kualiti antarabangsa kerana keupayaan teknologi juga tidak kurang hebatnya.
BERITA BERKAITAN: Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"
BERITA BERKAITAN: Cerita Rakyat Tak Lapuk Ditelan Zaman Masih Diminati Ramai
Antara animasi tempatan yang berjaya mendapat tempat dikalangan penonton seperti Mechamato, Ejen Ali, Boboiboy 2, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!.
1. Mechamato
Filem animasi terbaik seperti Mechamato pernah mencuri perhatian peminat animasi tempatan dan luar negara apabila.
Bukan itu sahaja tetapi filem tersebut mendapat pengiktirafan anugerah Peminat Anime di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2023 dan terbaru di peringkat tempatan, filem ini dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Penataan Audio Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33.
Filem animasi Mechamato adalah terbitan Mechamato terbitan Monsta dan Astro Shaw.
2. Boboiboy Movie 2
Filem animasi tempatan terus mengorak langkah dengan kemunculan satu lagi filem iaitu BoboiBoy Movie 2 apabila berjaya mengutip kutipan sebanyak RM30 juta pada 2019 menerusi lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei ketika itu.
Filem animasi ini juga pernah merekodkan filem animasi terlaris nombor 1 di Malaysia tahum 2019
3.Ejen Ali
Dalam pada itu filem animasi Ejen Ali The Movie pula berjaya meraih kutipan pecah panggung dengan hasil RM5 juta membabitkan empat negara iaitu Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia ketika itu.
Selain pernah memenangi kategori Penataan Bunyi Terbaik, filem animasi Ejen Ali The Movie turut menang kategori Filem Box Office Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) pada 2021.
Dalam pada itu, karya arahan Usamah Zaid Yassin itu juga pernah disenaraikan sebagai antara tiga filem tempatan yang mencatat pungutan terbanyak sepanjang zaman.
Filem berkisar mengenai kanak-kanak bernama Ali, 12, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
4. Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Sementara itu, filem animasi berjudul Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! pernah menerima sambutan luar biasa daripada negara jiran.
Gelagat dua kanak-kanak berimej botak Upin dan Ipin bukan sahaja berjaya mencuit hati kanak-kanak, malah semua peringkat umur yang menontonnya.
Terbaru, penerbit Les' Copaque Production bakal tampil dengan filem terbaru, Dongeng Sang Kancil.
Filem tersebut adalah ‘Dongeng Sang Kancil’ yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production dan akan temui penonton di pawagam bermula 26 Disember ini.
Dongeng Sang Kancil menjadi satu-satunya filem animasi tempatan yang temui penonton di pawagam dan ia mengisahkan tentang seekor Kancil bertekad membalas dendam atas kematian ibunya yang dibunuh kejam oleh Bayang Hitam.
Dengan bimbingan Gagak, Kancil memulakan pengembaraan penuh cabaran, berhadapan tiga pemangsa hebat: Helang Perkasa di langit, Gajah Belukar di daratan, dan Raja Buaya di sungai.
Dalam usahanya, dia perlu mengatasi setiap rintangan untuk menuntut keadilan.
Namun, ancaman semakin besar apabila Bayang Hitam mengalihkan sasarannya ke Hutan Rimba, menggugat seluruh kehidupan binatang di dalamnya.
Kancil mesti bertindak sebelum semuanya musnah.
Must-Watch Video