Hiburan

Aniq Suhair Doa Bertemu Jodoh, Idam Wanita Yang Kuat Makan & Berakal - “Saya Harap…”

Khairil Khusyairi
15/02/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Aniq Suhair Doa Bertemu Jodoh, Idam Wanita Yang Kuat Makan & Berakal - “Saya Harap…”
Pelakon, Aniq Suhair mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya yang diharapkan bakal menjadi suri hidupnya.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aniq atau nama sebenarnya Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, memohon doa agar dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah keinginannya untuk berjodoh dengan wanita yang gemar makan serta berakal.
“Di Jumaat yang mulia ni, saya doa harap dapat jodoh yang kuat makan please dan berakal,” tulisnya.
Terdahulu, Aniq yang juga bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 itu memaklumkan dia dalam fasa memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.
Pada masa sama, Aniq juga mendedahkan hatinya tergerak untuk berubah ke arah kebaikan selepas terbabit dalam sebuah drama.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024