Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Anjur Konsert Dangdut & Undang Baby Shima Menyanyi, Riezman Khuzaimi Sedia Dikecam

Izwan Isa 25/05/2023 | 04:20 MYT

Pelakon Riezman Khuzaimi mendedahkan dia sedia menerima kecaman selepas pengumuman penganjuran Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan.

Selaku penganjur, Riezman sedar bahawa ramai yang bakal memberikan pandangan dan kritikan, lebih-lebih lagi apabila nama Baby Shima merupakan antara penyanyi yang bakal membuat persembahan pada konsert berkenaan.
“Itu sudah pasti… sebab baru je saya jumpa Baby Shima beberapa hari lalu, tapi ada pula kontroversi terkini yang dia buat. Kita tak boleh nak buat apa.
“Mungkin itu cara marketing dia. Saya akan hadap jugalah,” katanya kepada Gempak.
Riezman berkata demikian pada sidang media konsert berkenaan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia bimbang jika ada pihak yang mempolitikkan dan mendesak agar konsert anjurannya dibatalkan, Riezman berkata: “Memang netizen Malaysia ni paling kuat di dunia. Saya pun pernah dihentam oleh mereka.
“Jadi, saya akan cuba buat yang terbaik. Sebab kalau ikutkan, kita langsung tidak boleh buat hiburan. Tak adil lah bagi mereka. Kita kan negara demokrasi. Jadi kia berhibur cuma tahu batasan.
“Apa yang saya tekankan di sini adalah, saya cuba pastikan penampilan artis yang terlibat terjaga, selain meminta mereka akan mengenakan pakaian yang sopan.
“Selain itu, saya juga akan meningkatkan kawalan keselamatan agar konsert ini berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Selain Baby Shima, konsert yang bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara pada 12 Ogos depan itu turut menampilkan Ani Mayuni serta barisan penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
Tiket-tiket bermula pada harga RM168.32 boleh didapati di ticket2u.com.my.

#Riezman Khuzaimi #Baby Shima #Konsert Dangdut
;