Laman Utama

Anuar Faizal Hasilkan Rekaan Fesyen Inspirasi Orang Asli - "Saya Bukan Perosak Budaya"

Amri Hassan
12/10/2023
09:44 MYT
Sponsor Banner
Anuar Faizal Hasilkan Rekaan Fesyen Inspirasi Orang Asli - "Saya Bukan Perosak Budaya"
Pereka fesyen, Anuar Faizal tampil menjelaskan inspirasi sebenar koleksi baharunya, Mah Meri x Anuar Faizal x Keretapi Sarong selepas menerima kecaman segelintir warganet baru-brau ini.
Anuar berkata, inspirasi koleksi baharunya diambil daripada budaya kaum Orang Asli itu sendiri yang telah diiktiraf UNESCO selain mahu memartabatkan kaum Mah Meri yang semakin terpinggir dan hidup dalam keadaan kekurangan.
Jelasnya, pertunjukkan fesyen yang dihadiri ramai pempengaruh itu juga sekali gus dapat membuka mata pelbagai pihak tentang kewujudan kaum pribumi tersebut selain dapat menyebar ilmu dan informasi.
“Sebagai penggiat seni, ini sangat penting untuk mengangkat kesedaran sivik masyarakat tempatan supaya budaya dan kraf Mah Meri dapat dikenal kembali dan tidak pupus ditelan zaman.
“Mungkin segelintir merasa sensitif apabila sesuatu budaya itu diberi suntikan fesyen. Mereka harus akui bahawa usaha seperti ini adalah penting untuk menjana ekonomi mereka dalam arus permodenan.
“Budaya yang semakin pupus itu diberi nafas baharu tanpa melanggar sebarang pantang larang. Orang Asli sulit untuk mendapatkan akses ke peradaban yang lebih maju bahkan mereka juga kurang menikmati teknologi yang ada saat ini,” kongsinya.
Dalam pada itu, Anuar dalam pada masa yang sama berharap pertunjukkan fesyen ini dapat membuka mata tentang nilai seni budaya Mah Meri dan dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi.
“Sebagai seniman kita harus membuat sesuatu yang boleh mengangkat harkat dan martabat saudara kita sendiri di samping memberikanpengetahuan tentang seni dan budaya. Lebih-lebih yang luar biasa dan jarang dilihat serta diketahui masyarakat moden.
“Saya juga ingin membantu ekonomi mereka dengan mempamerkan produk buatan Orang Asli dengan sentuhan komersil di atas pertunjukkan fesyen yang besar supaya dikenali masyarakat kita dan dunia antarabangsa,” katanya.
Bercakap tentang pertunjukan fesyen sempena CIMB Artober itu, pereka sensasi itu berkata, pihak penganjur termasuk pereka yang terlibat mempunyai misi dan objektif jangka panjang untuk memastikan perpaduan kaum, kelestarian seni dan budaya mampu berdaya saing dan terpelihara.
“Idea koleksi telah lama dibuat oleh saya dan Mah Meri semenjak tahun 2021 di mana kami telah berkolaborasi mencipta adi busana berasaskan mengkuang untuk sebuah acara gabungan tiga badan korporat CIMB, Cendana dan Yayasan Hasanah.
“Rekaan itu juga turut dipamerkan di pentas antarabangsa di Vietnam. Ini adalah minggu fesyen kami yang keempat dan kami yang keenam.
“Insya-Allah, minggu fesyen raya bakal menjelma kurang dari tiga bulan sahaja. Bertarikh 29 Februari sehingga 3 Mac 2024,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar