Laman Utama
Anwar Tolak Guna Mercedes S600 Sebagai Kenderaan Rasmi - "Ini Kerana Saya Tak Mahu..."
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.
Anwar Ibrahim mengambil langkah tersebht kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.
"Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.
"Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.
"Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian," katanya.
Anwar memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Anwar sebelum ini juga mengumumkan tidak akan mengambil gaji dan enggan melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.
Jelasnya, ini kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu.