Berita

Anzalna Nasir Dapat 'Amaran' Syarikat Produksi, Kalau Nak Berlakon Semula....

ZULHILMI JALIL
16/07/2020
04:24 MYT
Sponsor Banner
Anzalna Nasir Dapat 'Amaran' Syarikat Produksi, Kalau Nak Berlakon Semula....
Pelakon Anzalna Nasir mengakui belum bersedia untuk kembali semula aktif berlakon biarpun anak sulungnya, Mohamad Eidrees kini sudah menginjak usia setahun.
Menurut Anzalna, 32, dia kini berasa lebih seronok menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dengan menghabiskan masa membesarkan anak di rumah.
"Lama tunggu Eidrees dan Alhamdulillah rezeki dapat membesarkan dia sendiri tanpa pembantu. Buat masa sekarang memang kena pilih job.
"Kadang-kadang memang rindu nak berlakon tapi terpaksa tolak dulu sebab nak tengok anak membesar depan mata. Seronok! Buat masa sekarang, Eidrees merupakan keutamaan saya. Apa saja nak buat kena fikirkan dia dulu," katanya kepada Astro Gempak.
Biarpun asyik menolak tawaran yang datang kepadanya, kata Anzalna dia terharu apabila banyak syarikat produksi tidak pernah serik untuk memanggilnya.
"Benar banyak tawaran berlakon sampai ada yang tulis cuba nasib. Antara syarikat produksi yang tak pernah lupa kat saya ialah Global Station.
"Saya mula berlakon pun dengan mereka sampai dah ada anak pun mereka masih tawar berlakon. Sampai beri amaran pastikan saya buat kemunculan semula dengan drama mereka. Sweet kan?," ceritanya.
Katanya, dia hanya akan kembali semula ke set penggambaran selepas dirinya benar-benar bersedia.
"Insya-Allah saya akan mula berlakon semula bila saya betul-betul bersedia. Buat masa sekarang, saya rezeki tu saya serahkan kepada orang lain.
"Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan," katanya," katanya.
Terdahulu, menerusi Instagram Stories, Anzalna turut menzahirkan penghargaan kepada stesen televisyen yang mengulang siar drama-drama lakonannya sebelum ini.
Saksikan drama lakonan Anzalna Nasir di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar