Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Aoki Ni ‘Abang’ Keisha…”- Nabila Huda Tak Sanggup Kehilangan Kucing Tersayang

Syafiqah Jalal 06/07/2021 | 10:52 MYT
Pelakon Nabila Huda memberitahu anaknya, Keisha mempunyai ‘abang’ iaitu kucing peliharaannya yang dijaga setahun sebelum kelahiran anak tunggalnya.
Berkongsi cerita mengenai kucing yang diberi nama Aoki dan sudah 12 tahun bersamanya itu, Nabila memberitahu binatang peliharaanya dan anaknya mempunyai hubungan ‘love hate relationship’ sejak kecil.
“Aoki ni adalah kucing pertama saya. Saya jumpa Aoki kat tempat shooting. Terus la saya jaga dia dari kecil.
“Selepas setahun saya jaga dia, baru lah saya hamilkan Keisha. So kiranya Aoki ni abang keisha la..haha! Aoki hates keisha. So much.
“Mereka ni benci sesame mereka. Aoki tak suka budak kecil. Bila dia nampak budak kecil dia jadi aggressive and garang sampai boleh cakar.
“Sebab masa kecil Keisha buli dia,tarik ekor dia ,marah-marah Aoki di belakang saya.
“Tapi bila saya nampak Keisha buat apa-apa pada Aoki saya jerit terus pada keisha cakap “Jangan buat macam tu pada dia..dia tu abang awak keisha! Hormat dia. Jangan la sakitkan dia. Mummy tak suka!” Ceh macam drama pulak kan..haha!,” ceritanya.
Anak kepada lagenda Rock, Amy Search itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bercerita lanjut mengenai kucing kesayangannya itu, Nabila memberitahu Aoki sudah menujukkan fizikal dan sikapnya yang sudah berusia.
Nabila akui dia takut jika suatu hari Aoki akan pergi buat selamanya meninggalkannya.
“Dulu colour bulu Aoki ginger, tapi dah tua, macam dah tukar colour brown pun ada juga.. Aoki akan tidur atas badan Abil, everyday.
“Aoki dah rongak tau, and I think dia pekak dah sebab bila panggil dia buat taktau je..And sebab tu la jugak dia kencing kat kepala Abil,kat laptop Bert..I anggap je lah dia dah tua and dah nyanyuk!
“Relationship keisha and Aoki semakin pulih sebab dorang dah boleh tidur satu katil together..Tapi tengok mood Aoki.
“Aoki suka durian,suka udang,suka broccoli..Umur dia abil tak pasti berapa tapi dia dah 12 years dengan abil..And I can’t imagine if one day Aoki tinggalkan abil..And that’s the hardest part untuk semua pencinta kucing..kan? I’m scared of losing him,” katanya lagi.
Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan Johar yang dikenai sebagai Bert pada 25 Disember 2015.
Keisha merupakan anak dari perkahwinan pertama Nabila dengan Zaidi Zailani.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

#Anak #Nabila Huda #Amy Search #Kucing #Keisha
;