Laman Utama

Apa Dah Jadi Pada Wajah Juri Bermulut Pedas, Simon Cowell?

Izwan Isa
03/12/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Apa Dah Jadi Pada Wajah Juri Bermulut Pedas, Simon Cowell?
Bekas juri rancangan American Idol, Simon Cowell mencetuskan kerisauan dalam kalangan netizen apabila dia muncul dengan wajah yang jauh berbeza dengan wajah asalnya menerusi sepotong video baru-baru ini.
Figura berusia 63 tahun itu kelihatan sedikit cengkung, dengan keadaan mata dan mulutnya tidak simetri.
Selain itu, kulit juri Britain’s Got Talent itu turut tampak bersinar dengan barisan gigi yang terlalu sempurna, menyebabkan banyak andaian muncul mengenai kemungkinan Simon menjalani pembedahan kosmetik.
“Boleh tak kita bercakap sebentar tentang Simon Cowell?” tulis seorang pengguna Twitter sambil membandingkan wajah Simon dengan gambar zaman mudanya.
“Simon tak nampak macam ok, ada sesuatu yang tak kena,” ulas seorang lagi netizen.
Sungguhpun Simon mengunci mulut mengenai perubahan wajahnya, namun lelaki itu pernah mendedahkan yang dia menggemari rawatan estetik seperti suntikan botox.
Begitupun, pada April lalu, Simon mendakwa yang dia telah ‘insaf’ daripada menggunakan kaedah itu kerana bimbang kelihatan seperti watak dalam filem seram. “Macam ini lah, saya kurangkannya… apa-apa pun kita perlu bersederhana. Mungkin ada satu ketika saya keterlaluan (gunakan botox).
“Saya lihat gambar saya sebelum menggunakan rawatan ini dan saya hampir tidak mengenali diri saya yang sebenar. Cukuplah, tiada filler dalam wajah saya sekarang,” katanya kepada The Sun.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar