Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Apa Jadah Pi Nilai Cari Karpet!” - Namron Sindir Neelofa Rentas Negeri, Netizen Mohon Iblis Tyson Beri Pengajaran

Azwa Rahman 04/05/2021 | 04:48 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal Namron menyindir tindakan selebriti Noor Neelofa dan suaminya PU Riz yang didakwa pergi ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli permaidani.
Menerusi laman sosial Twitter, Namrom atau nama sebenarnya Shahili Abdan turut berkongsi sekeping foto untuk tatapan umum.
“Aku kalau nak rentas negeri aku nak pi makan ikan, sotong, udang dan ketam celup tepung kat sini.
“Apa jadah pi Nilai cari karpet!” tulisnya menerusi satu ciapan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan ia merupakan sekeping foto ‘throwback’ ketika dia sedang menikmati hidangan makan laut celup tepung di sebuah restoran di pantai timur.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya berhibur dengan sindiran Namron yang dirasakan padu dan tepat.
Namun, ramai juga yang mahu menggunakan wataknya sebagai iblis Tyson di dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang untuk memberikan hukuman pada pasangan tersebut.
Bukan karpet yg dicari. Tapi perhatian masyarakat,” komen seorang wargamaya.
Nanti dia pergi la tu makan ikan sotong udang ketam. Dia bukannya ada masalah pun nak rentas negeri lor. Dah bagi idea kat dia haa untuk next trip. haha,” tulis seorang wargamaya.
Rasanya Tyson kene pi masuk alam mimpi depa tu , bagi berakai sikit macam si Bakobar tu,” usik seorang wargamaya.
Itulah banyak tempat boleh pergi Nilai carpet jugak yang dia nak nanti bila orang dah mula hentam alasan kerja,” luah seorang wargamaya.
Dia nak buka Chatime la dekat Nilai 3 tu, dah alang-alang dekat Nilai 3 apa salahnya beli karpet. Done cover,” kata seorang wargamaya.
Mintak tolong jangan bagi dia idea. Satgi dia buat sungguh,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan daripada Namron itu telah menerima sehingga 8,000 ulang ciap dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Pada Ahad, pengacara itu memuat naik sebuah video di Instagram menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.
Perbuatan itu telah mengundang rasa marah dan kecewa orang ramai kerana mencetuskan kontroversi baru walaupun isu pelanggaran SOPnya sebelum ini masih belum reda.
Sebelum ini, Neelofa dan Haris masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat.
#Namron #Iblis Tyson #Neelofa rentas negeri #Nilai 3 beli karpet
;