Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Apa Lah Nasib Single” - Unfollow & Block! Ramai Frust Menonggeng Hannah Delisha Kahwin

Hanafis Haris 19/02/2021 | 03:50 MYT

Pernikahan aktres Hannah Delisha yang diumumkan secara mengejut semalam nampak gayanya telah mengundang kekecewaan ramai.

Di sebalik ucapan tahniah diterima pelakon itu, ramai juga yang sebenarnya ‘makan hati’ dengan berita tersebut.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ada ramai kaum lelaki meluahkan rasa kecewa mereka berhubung pernikahan itu.

Ada yang menganggap kesengsaraan melihat Hannah bernikah hampir sama dengan perkahwinan Mira Filzah.

Malah, ada juga yang bertindak ‘unfollow’ dan menyekat Instagram Hannah.

“Tahun lepas Mira Filzah, now Hanna Delisha weh, tak okayyyy”.

“Block Hanna Delisha.”

“Sedih crush aku dah kahwin, apa la nasib masih single” kata beberapa netizen.

Untuk rekod, Hannah selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Imam Shah di Singapura semalam.

Pernikahan yang berlangsung tanpa sebarang publisiti itu juga sempat dianggap segelintir peminat sebagai adegan dalam drama, sehingga kemudian tersedar Hannah dan Imam memang benar rasmi menjadi suami isteri.

Difahamkan, mereka telah menjalinkan hubungansejak 5 tahun sebelum akhirnya sampai ke jenjang pelamin.

BACA : 5 Tahun Bercinta, Hannah Delisha Kahwini Pelakon Kacak Singapura Imam Shah

;