Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Apa Masalah Bibik Makan Tak Semeja? Nak Suruh Duduk Atas Riba Saya Ke?” – DSV Pening Kepala Netizen Asyik Cari Pasal!

Fiza Kamarudin 07/04/2022 | 03:40 MYT

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir netizen yang sering mencari ‘kesilapan’ berkaitan dirinya.

Menerusi hantaran video terbaharu di laman sosial Intagram (IG), DSV mengulas mengenai pembantu rumah tidak makan semeja ketika waktu berbuka puasa.
“Awak semua ni tak ada kerja ke? Cari pasal nak mengutuk saya…Apa masalah bibik makan tak semeja dengan saya? Awak nak suruh bibik duduk atas riba saya ke?
“Saya bagi bibik makan, waktu saya makan juga waktu berbuka…Mereka makan di meja sebelah sana saya di meja sini dengan tenangnya, saya tak faham lah lagipun mereka makan dengan kakak saya Mok Jah, macam satu family.
“Apa masalah, ada masalah ke?,” luah DSV.
Sebelum ini, DSV memuat naik videp pendek di IG Story ketika berbuka puasa di kediamannya, bagaimanapun kandungan berdurasi 15 saat itu telah menjadi tular di aplikasi TikTok.
Menurut DSV, beliau terkejut individu yang menularkan video tersebut telah menggunakan tajuk yang keterlaluan sehingga mengundang kecaman dan menjadi fitnah.
“Baru baru ni saya UPDATE STORY berbuka puasa bersama keluarga saya di rumah, dalam story tersebut nampak bibik saya dan kakak saya ( MOK JAH ) makan di berlainan meja.
“Yang mengejutkan saya , tiba tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di tiktok dengan caption :
‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN , TAK SETARAF’
“Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman. Kalau tak ada perkara baik yang nak di kongsikan dan diperkatakan, lebih baik diam,” katanya.

#Penyanyi #Viral #Datuk Seri Vida #DSV #Usahawan Kosmetik #Pamoga
;