Laman Utama
Apa Nak Kecoh, Rachel McAdams Selamba Tayang Bulu Ketiak: “Ini Badan Saya”
Aktres Rachel McAdams muncul untuk sebuah sesi pemotretan dengan majalah Bustle.
Apa yang menjadi perhatian adalah sikap McAdams yang tidak mahu bentuk tubuh dan penampilan sebenarnya disunting.
Bintang Mean Girls yang kini berusia 44 tahun itu mahu pihak editorial menerbitkan penampilan dirinya dengan suntingan yang sangat sedikit.
Salah satu permintaan juga adalah tidak menyunting bulu ketiaknya. Dan menerusi foto yang dirakamkan, McAdams nampak sangat selesa ‘bergaya’ sambil bersandar santai di atas sebuah sofa berwarna merah pekat.
Bulu ketiak McAdams terlihat jelas kerana dia memakai baju tanpa lengan berwarna hitam, sementara pada satu lagi gaya dirinya menyarung dres putih tanpa lengan, bulu ketiaknya juga kelihatan.
Meski tidak memperincikan tindakannya tidak mencukur bulu ketiak dan membiarkan ia dilihat semua orang, Rachel mengatakan dia berhak berbuat apa sahaja terhadap tubuh badannya.
“Dalam sesi pemotretan ini saya memakai pakaian dalam dari latex. Tapi saya sudah mempunyai dua orang anak. Ini badan saya. Saya fikir adalah sangat penting untuk memberi refleksi yang sebenar kepada dunia,” ujar McAdams kepada Bustle seperti dilaporkan DailyMail.uk.’
Dia juga menambah: “Saya rasa adalah okay untuk berasa selesa dengan badan sendiri dan berada dalam keadaan sihat. Namun hal sebegini bergantung kepada pilihan masing-masing.”
Bagaimanapun, menurut artikel sama, bintang yang berkongsi dua anak dengan pasangannya, Jamie Linden itu membenarkan mereka melakukan suntingan yang sangat sedikit terhadap foto yang dirakamkan.
McAdam kini sibuk mempromosikan filem terkininya, Are You There God? It's Me Margaret yang diadaptasi daripada buku popular tulisan Judy Blume.