Laman Utama

“Apa Pun Keputusan Suami Saya Sokong..." - Shuib Berehat Dari Dunia Seni, Ini Komen Siti Sarah

Fiza Kamarudin
19/01/2021
10:23 MYT
Sponsor Banner
“Apa Pun Keputusan Suami Saya Sokong..." - Shuib Berehat Dari Dunia Seni, Ini Komen Siti Sarah
Usahawan dan penyanyi popular Siti Sarah akui akan tetap menyokong apa jua keputusan yang dibuat suaminya, Shuib.
Sarah berkata, Shuib ada berbincang mengenai perancangan untuk berehat seketika dari program Sepahtu Reunion Live 2020 dan menamatkan tugasnya sebagai penyampai radio.
Menurut Sarah, ketika perbincangan suaminya kelihatan sedikit sedih namun keputusan harus dilakukan demi kebaikan.
“Memang dia nampak sedih ketika beritahu, tetapi saya harus mendukung apa yang suami saya nak buat. Apa juga perancangan dia saya akan sentiasa menyokong dan berada di belakang.
“Saya tahu dia berat hati tetapi kalau dia berani buat keputusan sebesar ini bermakna dia serius dan sudah habis berfikir mengenainya,” katanya.
Ketika ditanya sampai bila Shuib akan berehat dari dunia seni, Sarah memberitahu biarlah masa menentukan.
“Ya dia berehat kerana nak fokus kepada rangkaian perniagaan BubbleBee terlebih dahulu. Dia tak akan tinggalkan dunia seni kerana ini benda yang dia suka, dia sayang.
“Berapa lama masa yang akan diambil untuk berehat tu, biarlah masa yang menentukan. Buat masa ini Shuib akan fokus dulu dengan BubbleBee.
“Sebenarnya ada beberapa perancangan lain yang sudah dibuat di bawah BubbleBee Studios, tetapi itu akan diumumkan kemudian,” katanya.
Terdahulu menerusi temuramah di Aplikasi Zoom, Shuib mengakui mahu berehat seketika dari dunia seni termasuk penglibatannya dalam Sepahtu Reunion Live 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar