Berita
“Apa Salahnya Masak Frozen Food? Asalkan Dapur Berasap Dah Kira…”- Fazley Yaakob
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui masakan makanan atau lauk sejuk beku salah satu alternative yang mudah buat sesiapa terutama ibu yang bekerjaya.
Menurut Fazely Yaakob masak adalah salah satu keperluan namun cara memasak adalah pilihan.
“Bagi saya lauk sejuk beku yang ‘ready made’ ini memberi peluang kepada orang yang tiada masa untuk makan makanan yang sedap dan cepat.
“Pada saya masa itu emas, yang penting apa yang kita masak ada rasa dan sihat untuk badan itu sudah cukup.
“Apa salahkan masak lauk ‘frozen food’? Asalkan dapur berasap itu dah kira hebat,” katanya kepada Gempak.
Penyanyi lagu Asmara Ini itu ditemui selepas menjadi cef jemputan untuk acara Cooking Made Easy oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) dengan kerjasama Suka Sucre Bistro di restoran milik Fazley kemarin.
Dalam acara tersebut, turut diadakan pertandingan dekorasi pinggan atau plating oleh rakan media dan social media influencers yang diadali oleh Fazley.
Sementara itu, pengurus program Cooking Made Easy, Sakinah Suhaimi memberitahu tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menjalinkan hubungan kerjasama diantara KOPETRO dan juga social media influencers daripada Instagram, Youtube, Twitter dan juga Facebook.
“KOPETRO sangat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama bersama pihak Suka Sucre Bistro dalam menjayakan aktiviti ini.
“Selain dari dapat mengetengahkan produk-produk KOPETRO dan juga anak syarikatnya, kami selaku wakil bahagian pemasaran KOPETRO juga ingin menjalinkan kerjasama erat di antara KOPETRO dan juga selebriti media sosial,” katanya.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi demo memasak bersama Fazley pengenalan produk LengQuas dari KOPETRO Food Sdn. Bhd, dan juga pertandingan memasak diantara selebriti media sosial.
Dalam program ini, Fazley telah melakukan demo masakan produk sejuk beku daging masak hitam di hadapan semua tetamu jemputan. Terdapat lebih dari 30 buah produk sejuk beku dan juga pes masakan telah dipamerkan sebagai tujuan pemasaran.