Berita

"Apa Yang Saya Tulis Ini Hanyalah Suka-Suka, Tidak Ada ..." - Ujang Exist Nafi Rumah Tangga Bermasalah

Rozaimi Zubaidi
24/06/2019
07:59 MYT
Sponsor Banner
"Apa Yang Saya Tulis Ini Hanyalah Suka-Suka, Tidak Ada ..." - Ujang Exist Nafi Rumah Tangga Bermasalah
Pemain dram kumpulan Exist, Saharudin Saniman atau Ujang menafikan dakwaan bahawa sedang mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya.
Menurut Ujang, status meragukan mengenai dirinya di laman sosial sejak beberapa bulan lalu hanyalah sekadar gurauan dengan pengikutnya.
"Apa yang saya tulis ini hanyalah suka-suka, tidak ada maksud yang tersirat.
"Perkara itu juga membuatkan isteri saya turut merajuk dengan status yang ditulis namun niat saya sebenarnya adalah untuk bergurau sahaja.
"Secara jujurnya, saya tidak ada niat untuk menyakiti hatinya kerana niat menulis ini sekadar gurauan sahaja dengan anak-anak.
"Mungkin apa yang dilakukan itu adalah kesilapan saya dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya kepada Gempak.
Ujang berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kayu dram siri signature Promark di JS Music, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Orang ramai boleh mendapatkan kayu dram siri signature Promark yang memaparkan tanda tangan Ujang pada harga RM79.90 seunit di JS Music, Kuala Lumpur.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar