Hiburan
Apa Yang Suami Aktres Ni Buat Dekat Tinder?
Miss K tercekik air liur sendiri bila mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh rakan Miss K yang bernama Nurul.
Nurul ni wanita bekerjaya yang dah memasuki usia 30-an.
Masih berstatus solo, jadi Nurul aktif mencari jodoh kat aplikasi seperti Tinder, OkCupid dan sebagainya.
Nak jumpa orang kenal-kenal asyik busy je, so carilah jodoh pakai apps kan!
Cerita Nurul, tengah asyik dia swipe jejaka-jejaka kat Tinder tu, dia ternampak wajah seorang lelaki.
"Memula Miss K, aku tengok, eh, macam kenal? Lepas dibelek-belek, jejaka itu merupakan suami kepada seorang aktres popular. Apa laki orang ni buat kat Tinder? Aku pelik betul!" cerita Nurul.
Miss K pun terpinga-pinga dengan kisah yang Nurul sampaikan sambil membelak screen shot yang Nurul berikan.
Belum habis terkejut, Nurul menyambung ceritanya.
"Masalahnya Miss K, aku pun ada aplikasi lain tau selain Tinder. Kat aplikasi lain tu, pusing punya pusing, wajah yang sama jugak muncul.
"Aku sendiri tak tahu sama ada orang menyamar pakai muka suami aktres tu ke, ape ke, tapi menerusi apa yang aku check, semua sama.
"Nama pun pakai nama sama, umur pun sama, gambar pun sama... At least kalau orang menyamar mesti pakai nama lain, ye tak?" kata Nurul lagi.
Betul atau tidak, Miss K sendiri kurang pasti. Tengok perkahwinan aktres tu dengan suami dia macam okay je.
Bahagia dengan anak yang dikurniakan dan masih kekal sehingga sekarang.
Malas Miss K nak fikir lebih-lebih, mungkin ada orang menyamar kot ye!
Tak pun, suami kepada aktres tu mungkin nak cari kawan untuk mengeratkan ikatan tali silaturrahim sesama manusia?
Tak salah berkawan kan? Let's husnuzon!
Miss K: Suka dengan persembahan peserta Suara Viral bernama Boy dan Bobby, tapi Bobby dah dua minggu dapat Bottom 2. Agaknya minggu ni persembahan dia okay ke tak?
Foto sekadar hiasan. Kredit foto: Ravishly