Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Apakah Hukum Ponteng Solat Jumaat Kerana Nak Teman Isteri Bersalin?

Izwan Isa 19/10/2023 | 11:20 MYT

Umum mengetahui yang keperluan bagi seseorang lelaki yang sudah cukup syarat untuk mengerjakan solat Jumaat adalah satu hal yang wajib.

Menurut portal Maktabah Al-Bakri syarat wajib bagi lelaki untuk menunaikan solat Jumaat adalah dia perlu beragama Islam, lelaki, baligh, berakal, merdeka sepenuhnya, sihat tubuh badan dan bermukim di tempat solat Jumaat yang didirikan.
Rasulullah SAW pernah memberi peringatan kepada mereka yang tidak mengambil serius terhadap solat Jumaat. Baginda Rasulullah bersabda dan maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil ringan akannya, nescaya Allah SWT akan mengunci mati hatinya,” sabda baginda.
Justeru, baru-baru ini, ada pengguna media sosial yang bertanya pada Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai isu yang melibatkan solat Jumaat.
Menerusi ciapan yang telah dipadam, individu tersebut bertanya, sebagai seorang suami, apakah hukumnya jika dia tidak pergi mengerjakan solat Jumaat kerana ingin menemani isterinya ketika dalam bilik bersalin.
Menerusi akaun Twitter, Dr. Zul berkata, solat Jumaat tetap wajib untuk dikerjakan walaupun sang isteri sedang bersalin.
“Solat Jumaat tetap wajib. Tinggalkan isteri di labour room. Insya-Allah, Allah jaga. Tunaikan solat Jumaat, mohon kepada Allah SWT supaya permudahkan isteri bersalin.
“Antara doa yang makbul adalah doa antara dua khutbah,” katanya ringkas.
Sumber: Maktabah Al-Bakri
Kredit foto: Astro Awani & Omar Lopez (Unsplash)

#Solat Jumaat #Ponteng
;