Berita
Api Di Bukit Broga Padam Sepenuhnya, Cuaca Panas Melampau, Tiupan Angin Jadi Punca Kebakaran
Kawasan hutan di tapak rekreasi popular Bukit Broga, di sini, yang terbakar malam tadi, padam sepenuhnya, awal pagi ini.
BERITA TRENDING: "Arwah Syahid Selamatkan 7 Mangsa Kebakaran" - 'Hero' Labuan Dalam Kenangan, Sepupu Dedah Tak…
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran itu membabitkan kawasan puncak bukit berkenaan seluas 0.8 hektar."Seramai 64 orang terbabit dalam operasi ini terdiri daripada 17 anggota bersama tiga jentera dari Zon 4 Selangor (Hulu Langat), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, Bangi serta Ampang selain agensi lain termasuk pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Kebakaran itu mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
BERITA TRENDING: Takutnya Lihat Api Marak Dalam Kebakaran Uptown Kota Damansara
Wan Md Razali berkata, pihaknya berdepan beberapa kesukaran semasa memadamkan api termasuk tiada akses kenderaan untuk ke lokasi kebakaran."Seramai 28 pegawai dan anggota memanjat ke puncak bukit yang mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 45 minit bagi menghampiri lokasi kebakaran.
"Pemadaman dijalankan dengan menggunakan 'fire beater' berikutan ketiadaan sumber air.
"Tindakan operasi yang diambil adalah untuk menyekat api terus merebak di sekitar bukit dengan lokasi kebakaran dipecahkan kepada tiga sektor iaitu di kawasan puncak satu, dua dan tiga," katanya.
Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 2.30 pagi sebelum operasi ditutup jam 3.30 pagi.
"Turut berada di lokasi kejadian adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim," katanya.
PILIHAN PEMBACA: “Saya Ingatkan Tu Prank….” - Berlinang Air Mata Cik B Imbau Saat Kehilangan Dua Abangnya Dalam Kebakaran
Terdahulu, media melaporkan kawasan hutan di tapak rekreasi popular Bukit Broga, terbakar malam tadi.Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette
Must-Watch Video