Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

APM2018: Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Haqiem Rusli & Ayda Jebat Antara Yang Terbaik!

Amri Hassan 29/09/2018 | 05:10 MYT
Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) berlangsung meriah di MES Theatre Mediacorp, Singapura malam tadi.
Dihoskan oleh Fiza O (Singapura), Daniel Mananta (Indonesia) dan Nabil Ahmad (Malaysia), APM2018 menyaksikan beberapa lagu dan penyanyi Malaysia dijulang sebagai juara.
Khai Bahar malam tadi telah memenangi dua trofi iaitu Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular APM.
Manakala, Haqiem Rusli yang kembali diterima industri merangkul trofi Lagu Paling Popular APM untuk lagu Tergantung Sepi.
Mata milik Ayda Jebat pula memenangi trofi Lagu Terbaik (Malaysia).
Tidak asing lagi, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa pulang trofi Kolaborasi Terbaik (Artis) menerusi lagu Kisah Ku Inginkan bersama Judika.
Judika turut memenangi trofi Artis Lelaki Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Indonesia) dan Lagu Terbaik APM (Jikalau Kau Cinta).
Apa kata kita semak senarai pemenang setiap kategori APM2018:
Artis Baru Terbaik (Lelaki) : Adrian Khalif
Artis Baru Terbaik (Wanita) : Fara Fajira
Kolaborasi Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Judika
Duo/Kumpulan Terbaik: Gamaliel Audrey Cantika
Band Terbaik: Sheila On 7
Lagu Paling Popular (Singapura) : Aku Sendiri-Sufi Rashid
Lagu Paling Popular (APM) : Tergantung Sepi-Haqiem Rusli
Ikon Media Sosial: Khai Bahar
Artis Paling Popular (Singapura) : Sufi Rashid
Artis Paling Popular (APM): Khai Bahar
Lagu Terbaik (Singapura): Racun-Farhan Shah
Lagu Terbaik (Indonesia) : Jikalau Kau Cinta-Judika
Lagu Terbaik (Malaysia) : Mata-Ayda Jebat
Lagu Terbaik APM : Jikalau Kau Cinta-Judika
Artis Terbaik (Lelaki): Judika
Artis Terbaik (Wanita): Isyana Saraswati-Lembaran Buku
Anugerah Khas Planet Muzik: Rossa
#Ayda Jebat #Datuk Seri siti Nurhaliza #Anugerah Planet Muzik 2018 #APM2018 #Pemenang
;