Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Arab Saudi Bina Kereta Kabel Ke Gua Hira, Mula Operasi Tahun Depan

Gempak 03/09/2024 | 15:59 MYT
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira, yang dijangka beroperasi pada tahun depan.

Mudahkan akses ke Gua Hira

Memetik laporan Harian Metro, menerusi Arabian Business projek itu bertujuan memudahkan akses ke Gua Hira di Jabal Nur.

Gunung itu setinggi 634 meter dan terletak kira-kira empat kilometer (km) dari Masjidilharam.
Matlamat projek itu adalah untuk meningkatkan pengalaman ziarah dan memudahkan orang ramai untuk melawat mercu tanda bersejarah dalam agama Islam.
BERITA TRENDING: Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?
​BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega
​BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya
​BERITA TRENDING: 'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'
Bercakap dengan saluran televisyen Arab, Al Arabiya, Ketua Pegawai Eksekutif Samaya Investment Company, Fawaz Al-Muhrej mengesahkan bahawa projek kereta kabel itu akan beroperasi pada tahun depan.
Menurut Fawaz, projek itu hampir siap dan akan menyediakan jemaah haji dan umrah serta pelancong, dengan laluan kontemporari dan mudah untuk mengakses Gua Hira.

Katanya, projek kereta kabel itu adalah sebahagian daripada 'Daerah Budaya Hira', yang dibuka tahun lalu di Arab Saudi dan menjangkau keluasan lebih 67,000 meter persegi. Daerah budaya itu terletak berhampiran Jabal Nur.

Sekadar info, Gua Hira adalah tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.

Sebelum ini, akses ke Gua Hira adalah sukar kerana ketinggian gunung dan laluan berliku yang menghala ke sana.
Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan penambahan jalan berturap untuk menambah baik akses di situ.
Sumber: Harian Metro menerusi Agensi

#Arab Saudi #Kereta #Gua #Kabel #Bina #hira
;