Laman Utama

Ariel Penat Menyanyi, Umum NOAH Bakal Berehat Panjang

Maliah Surip
08/10/2023
08:48 MYT
Sponsor Banner
Ariel Penat Menyanyi, Umum NOAH Bakal Berehat Panjang
Kumpulan popular NOAH akan berehat panjang dalam tempoh dua bulan akan datang. NOAH sudah berusia 11 tahun sejak ditubuhkan dan hampir tidak pernah berehat sepanjang tempoh tersebut.
BACA: Dendang Hampir 20 Lagu, Peminat Puas Hadir Konsert Noah! Lagi Untung Dapat Pegang Tangan...
Pengumuman kumpulan yang terkenal dengan lagu Separuh Aku itu akan berehat panjang dibuat vokalisnya, Nazril Irham atau Ariel sewaktu membuat persembahan di Konsert Circus Concerta.
“Kami berharap anda tidak akan pernah bosan dengan NOAH. Tapi nanti bermula Disember NOAH akan berehat panjang. Sudah 20 tahun kami asyik menyanyi tanpa rehat,” ujar Ariel seperti dilaporkan Kompas.
Namun sebelum berehat panjang, NOAH akan menutup tahun 2023 dengan rangkaian The Great Journey of Noah di Jakarta pada Disember sekali gus menjadi persembahan terakhir mereka.
“Paling terakhir nanti (konsert) Disember. Jadi bermula Januari 2024 harusnya kita sudah tidak ada konsert lagi. Mungkin ada lagi satu kerana sudah terkait dengan kontrak,” katanya lagi.
Sepanjang berehat, kata Ariel mereka akan melaksanakan banyak hal-hal yang sudah dirancang dan dilakukan dengan sebaik mungkin. Namun dia tidak mahu memberikan informasi lanjut mengenai projek yang akan digarap sepanjang NOAH tidak membuat persembahan pentas.
Untuk rekod Ariel terlebih dahulu menakluk pasaran muzik bersama kumpulan Peterpan sebelum terbabit dengan NOAH dan melanjutkan karier nyanyiannya sekitar 20 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar