Terkini

Arnie Shasha Mohon Jangan Kecam Qistina Raisah -“Saya Minta Maaf Banyak Tipu Netizen, Tak Sangka Video Tular”

Mya Amri
17/10/2024
10:55 MYT
Sponsor Banner
Arnie Shasha Mohon Jangan Kecam Qistina Raisah -“Saya Minta Maaf Banyak Tipu Netizen, Tak Sangka Video Tular”
Pelakon dan penyanyi, Arnie Shasha memohon maaf berkenaan gimik video pergaduhan yang dilakukan semata-mata untuk melancarkan single pertamanya berjudul, Lepak.
Menurut Arnie atau lebih mesra disapa Shasha menjelaskan dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.
“Saya minta maaf tipu netizen, saya tak sangka video itu tular.
"Saya tak sangka video itu menjadi sangat viral. Ramai bagi komen tapi saya terima apa sahaja orang nak cakap, saya harap kalian terima maaf saya.
"Semua ini adalah rancangan pengurus serta syarikat pengurusan. Saya ikut sahaja yang terbaik seperti dicadangkan.
“Kalau gimik ini menyebabkan ada yang tidak menerima saya, tak mengapa tetapi saya tetap akan teruskan karier lakonan dan nyanyian," jelasnya.
Shasha berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu sulung Arnie Shasha berjudul Lepak yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Malah kata Shasha lagu berkenaan sudah dua tahun diperam sekali gus memerlukan bahan promosi yang kuat untuk memperkenalkannya kepada khalayak.
Mengulas mengenai kecaman netizen, Shasha berkata ramai yang mengecam Qistina kerana tidak tahu situasi sebenar mengapa gadis terbabit berkelakuan sedemikian.
Bagaimanapun, Arnie yang juga anak kepada penerbit filem, Datuk Rosmarayu Mokhtar berharap masyarakat tidak berterusan mengutuk Qistina yang hanya mengikut skrip diberikan.
“Sebelum merancang gimik ini kita dah berbincang dengan Qistina dan dia juga bersetuju apabila boleh memberikan komitmen selain sangat profesional.
“Tapi saya mohon jangan kecam Qistina kerana secara realitinya dia seorang yang baik dan cuma ikut kehendak cerita," ujarnya
Sebelum ini, wakil pengurusan pelakon berusia 19 tahun itu mengundang media dengan alasan mahu mempertemukan Arnie dengan Qistina kononnya agar mereka dapat berbaik-baik semula.
Terdahulu, Arnie meluahkan rasa berang dan tidak lagi mampu menahan sabar dengan sikap rakannya iaitu Qistina yang didakwa sering mendedahkan aib dirinya kepada orang lain.
Arnie berkata, perbalahan di antara mereka yang tular baru-baru ini bukanlah satu gosip murahan, namun kejadian benar berpunca daripada Qistina yang tidak menghormati hal peribadinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar