Hiburan
Artis & Destinasi Cuti Hujung Tahun, Anda Pula Ke Mana?
Hujung tahun dan sambutan tahun baru menjadi pilihan golongan selebriti untuk melancong dan bercuti bersama insan tersayang.
Tidak kira dalam atau luar negara, pilihan terletak pada diri masing-masing bergantung pada kemampuan.
Melabuhkan tirai 2017, kami himpunkan gelagat beberapa selebriti terkenal yang sedang bercuti sempena meraikan kedatangan tahun baru 2018.
1. Indah Ruhaila & Shariff - Luxembourg
Pasangan pengantin baru Indah Ruhaila dan Shariff Ahmad memilih bandar Luxembourg, Eropah untuk berbulan madu sambil bercuti.
2. Tiara Jacquelina - Hawaii
Pengarah dan penerbit Teater Muzikal Ola Bola, Puan Seri Tiara Jacquelina sedang menikmati percutian singkat di Olowalu, Hawaii, Amerika Syarikat. Seronok tengok Tiara surfing!
3. Datin Alyah - New Zealand
Bercuti sambil bekerja. Alyah kini dalam proses penggambaran muzik video terbaharu Jutaan Purnama di sekitar Christchurch, New Zealand.
4. Fattah & Fazura - Perancis
Sehebat kisah cinta pasangan Fattah Amin dan Fazura, mereka kini sedang menikmati bulan madu di kota cinta, Paris, Perancis. Oh! Romantiknya...
5. Neelofa - Dubai
Persis Carrie Bradshaw, aktres jelita Neelofa masih berada di Dubai bersama beberapa kenalan rapatnya. Siapa kata tidak boleh berfesyen di padang pasir? Ini buktinya!
6. Anzalna Nasir - Finland
Impian lama yang akhirnya tertunai untuk bermain ski di Helsinki, Finland, Anzalna dan keluarga mertuanya masih berada di sana untuk sambutan tahun baru 2018.
7. Ainul Aishah - Bali, Indonesia
Pulau Bali, Indonesia menjadi destinasi wajib menjelang tahun baru dan destinasi popular ini juga pilihan Ainul Aishah untuk bercuti.
8. Intan Sarafina - Norway
Menikmati suhu -7 darjah celsius, bintang Gegar Vaganza 3, Intan Sarafina sedang bercuti bersama keluarganya di Norway dan Sweden.
9. Kris Dayanti - Jepun
Negara matahari terbit, Jepun, menjadi destinasi percutian akhir tahun Kris Dayanti bersama keluarganya.
10. Syahrini - Switzerland
Dari Switzerland ke kota London, ikon fesyen dan penyanyi terkenal Indonesia sudah dua minggu menghabiskan sisa hujung tahun 2017 berkunjung ke lokasi menarik sekitar negara tersebut.