Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Artis Lelaki Mana Tu Yang Baru Kahwin Tapi Dah Pasang Skandal Baru?

Miss K 13/10/2023 | 04:55 MYT
"Pelakon lelaki tu rupa-rupanya ada kekasih baharu."
Demikian kata sumber Harian Metro yang mendakwa seorang selebriti berstatus suami orang sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang juga ahli perniagaan.
Sumber itu berkata, wanita itu memiliki perusahaan permotoran selain berasal daripada keluarga berada.
"Minat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu," katanya.
Difahamkan, hubungan cinta mereka itu sudah dihidu warganet apabila ramai yang menulis dan memberi bayangan di ruangan komen bekas isteri selebriti berkenaan.
Malah, selebriti itu juga sering memberikan tanda suka atau 'like' pada setiap hantaran dimuat naik ahli perniagaan wanita itu.
Dalam masa sama, hubungan selebriti itu dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih hangat diperkatakan selepas selebriti terbabit melalui episod perceraian menerusi perkahwinan pertama.
Malah, isterinya juga sering mendapat kecaman warganet gara-gara tindakannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.
Sumber: Harian Metro
#Viral #Miss K #Gosip #Skandal #Baru Kahwin #Sekufu
;