Laman Utama

Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar

Mya Amri
20/11/2021
16:02 MYT
Sponsor Banner
Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar
Pelakon Dira Abu Zahar kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25- Rim.
Dira atau Datuk Khaidira Abu Zahar yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berjaya menewaskan dua lagi calon lain di kawasan tersebut.
Visual: Video Astro Awani
Dira menang dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh undian sebanyak 4,037 undi.
Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Rahman (PN) meraih sebanyak 2,710 undi manakala Prasanth Kumar (PH) dengan 2,163 undian.
Terdahulu, Dira menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
Dira sebelum ini membintangi banyak naskah hebat antaranya Tahajud Cinta, Dahlia, Chow Kit dan Longkai.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar