Laman Utama

Astro First Platform #1 Tayang Filem Lokal, Astro Catat Peningkatan PATAMI Kepada RM127 Juta Q4FY22

Gempak
01/04/2022
03:05 MYT
Sponsor Banner
Astro First Platform #1 Tayang Filem Lokal, Astro Catat Peningkatan PATAMI Kepada RM127 Juta Q4FY22
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatatkan peningkatan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) kepada RM127 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 (Q4FY22).
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Astro memaklumkan, ia adalah pertumbuhan 20 peratus dari suku tahun ke suku tahun setelah mengambil kira impak Cukai Makmur pada tahun kewangan berakhir 2022.
Untuk tempoh yang sama, perbelanjaan pengiklanan digital (Adex) telah meningkat sebanyak 56 peratus kepada RM146 juta, disebabkan oleh pemulihan ekonomi dan penyambung semula produksi-produksi signature.
Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi, berkata keputusan kewangan Q4FY22 bertambah baik dari suku tahun ke suku tahun kerana pemulihan ekonomi, namun sentimen pengguna serta keupayaan perbelanjaan kekal cermat.
"Syarikat kekal menjana pendapatan tunai, mampu mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan sentiasa proaktif dari aspek pengurusan modal syarikat.
"Justeru, pihak Lembaga Pengarah dengan ini mengumumkan dividen interim keempat bernilai 1.5 sen sesaham dan mencadangkan dividen akhir 0.75 sen sesaham, memberi ganjaran kepada para pemegang saham kami dengan dividen tahun penuh 6.75 sen sesaham.
"Ini mewakili 76 peratus keuntungan untuk tahun kewangan berakhir 2022, atas polisi dividen pembayaran 75 peratus PATAMI," katanya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, berkata dalam tahun kewangan berakhir 2022, Astro telah menjalankan pelan transformasi dan strategi pengagregatan untuk menjadi Destinasi Hiburan No. 1 di Malaysia.
"Pengalaman baharu Astro meletakkan para pelanggan pada nadi perniagaan kami dan menawarkan bundle yang lebih bernilai.
"Ia menerusi satu bil dengan menyediakan perkhidmatan penstriman antarabangsa yang terbaik, bergabung dengan rancangan-rancangan perdana kami dan siaran sukan secara langsung yang lancar hanya di satu tempat.
"Para pelanggan telah memberi reaksi yang baik dengan seleksi bundle baharu dan kami kini berada jauh daripada yang dijangkakan daripada segi peralihan para pelanggan yang sedia ada ke pek-pek baharu serta dikontrak semula.
"Kami telah menggandakan perkhidmatan penstriman kepada enam dengan Netflix, Disney+ Hotstar dan TVBAnywhere+ yang menyertai Astro GO, HBO Go dan iQIYI, dengan banyak lagi yang akan datang dalam tahun kewangan berakhir 2023 untuk memperkukuhkan Astro sebagai destinasi penstriman untuk rakyat Malaysia.
"Netflix sudah sepenuhnya diintegrasi ke dalam Ultra dan Ulti Box dan ini akan diikuti Disney+ Hotstar," jelas Henry Tan.
Setakat ini, lebih 550,000 rumah mempunyai Ultra dan Ulti Box yang berfungsi menerusi satelit dan jalur lebar, katanya.
Sementara itu, katanya Astro GO mencecah 919,000 pengguna aktif dengan purata jam tontonan mingguan sebanyak empat jam, manakala penstriman rancangan menerusi On Demand pula melonjak sebanyak 139 peratus dari tahun ke tahun kepada 530 juta.
"Hasil NJOI Prepaid meningkat dengan 17 peratus dari tahun ke tahun yang disebabkan oleh pek-pek prabayar. Dalam tahun kewangan berakhir 2022, pangkalan jalur lebar kami meningkat sebanyak 58 peratus dari tahun ke tahun dengan lebih ramai pelanggan menggabungkan perkhidmatan jalur lebar dengan kandungan demi kesenangan dan nilai.
"Kami melancarkan perkhidmatan Internet sendiri, Astro Fibre untuk menambah nilai kepada pengalaman hiburan pelanggan kami.
"Ia menawarkan one-stop ketersambungan dan solusi kandungan dengan kepantasan bermula daripada 50Mbps sehingga 800Mbps bersama dengan Mesh Wi-Fi dan kepelbagaian kandungan Astro serendah RM129.99," tambahnya lagi.
Beliau berkata, pada tahun kewangan berakhir 2023, Astro akan terus memacu dengan menjadi pembekal perkhidmatan Internet, gabungan Astro Fibre dengan kandungan, memperkenalkan Astro Fibre dengan sendirinya sebagai pelengkap tawaran-tawaran kami, serta pelancaran pengiklanan bersasar berskala penuh.
SOROTAN UTAMA
• Lebih Banyak Sukan Untuk Peminat: 2022 merupakan tahun yang besar untuk dunia sukan dengan liputan yang komprehensif untuk FIFA World Cup Qatar 2022, Asian Games, SEA Games, F1, MotoGP, BWF, Grand Slams, ATP dan banyak lagi dalam HD dan 4K UHD.
• Kandungan Berani Daripada Astro Originals Yang Mengujakan Peminat: Dengan sekatan dikurangkan, produksi kami kembali dengan The Maid (Musim 2), The House (Musim 7), One Cent Thief, Histeria serta Liar yang akan datang.
Berikut merupakan antara program-program utama terbitan Astro dan pencapaiannya: o Gegar Vaganza (Musim 8) meneruskan penguasaan sebagai rancangan hiburan no. 1 di Malaysia. (2.5 juta tontonan TV dan 1.08 juta tontonan di platform OD)
o Siri Astro Originals, Dukun Diva mencatat 2.4 juta tontonan TV, 645 ribu tontonan di platform OD serta menghasilkan perbualan hebat di kalangan penonton muda dan urban dengan mencatat media sosial reach melebihi 30 juta
o Astro First kekal sebagai platform no. 1 untuk tayangan filem tempatan untuk tahun kewangan berakhir 2022: ▪ Penunggang Agama menjadi filem seram francais no. 1 di Malaysia dengan kutipan RM5 juta ▪ Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mencatat kutipan sebanyak RM2 juta dalam tempoh 20 hari yang pertama
• Sooka mencapai satu juta muat turun aplikasi: Perkhidmatan penstriman untuk golongan milenial kami, sooka mengecapi pencapaian baharu dengan satu juta muat turun aplikasi; dan mendapat 3.2 juta pengguna dan 412 juta minit tontonan sehingga kini. Pengedaran sooka diperluaskan termasuk ke platform TV Maxis dan kini turut tersedia menerusi skrin besar dengan TV Pintar terpilih.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar