Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Astro Kasih Menyumbang 30 Unit Komputer Riba Kepada Sekolah Di Sabah & Sarawak

Azwa Rahman 21/05/2021 | 06:35 MYT
Yayasan Astro Kasih, yayasan tanggungjawab sosial korporat di bawah Astro Malaysia, telah menyumbangkan sebanyak 30 unit komputer riba kepada tiga buah sekolah di kawasan pendalaman sekitar Sabah dan Sarawak.
Langkah Ini merupakan sebahagian dari usaha di bawah teras pendidikan untuk jangka masa panjang, demi memastikan pembelajaran dapat diakses oleh para pelajar di seluruh negara.
Tiga sekolah yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan Magandai (Kota Marudu, Sabah), Sekolah Kebangsaan Malinsau (Ranau, Sabah) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Paku (Kapit, Sarawak).
Menurut Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Kumpulan Astro, Tammy Toh, Astro sentiasa memperjuangkan akses pendidikan yang saksama kepada semua pelajar.
“Kami telah membelanjakan sebanyak RM120 juta dalam segmen sajian kandungan sejak dari 10 tahun yang lalu.
“Astro Tutor TV, yang merupakan tiga saluran pendidikan berteraskan sukatan pembelajaran nasional menyediakan pelbagai jenis kandungan yang relevan seperti SMK: Study Squad, Pelan A + SPM, Misi Studi, Top Tutor dan TV Pendidikan, yang kebanyakannya kini dapat diakses melalui laman web Upped kami.
“Upped merupakan sebuah portal pembelajaran dalam talian percuma yang menempatkan ratusan video pendidikan seperti STEM yang menawarkan kaedah pembelajaran lebih menyeronokkan menerusi program Dekoded dan Stemsasi.
“Dalam pada itu, melalui program Kampus Astro, kami menyediakan dekoder Astro dan set TV kepada lebih daripada 10,500 sekolah kerajaan dan pusat aktiviti guru. Menerusi sumbangan ini, kami berharap para guru dan pelajar di sekolah-sekolah ini dapat menggunakan komputer riba yang diberikan untuk mengakses kepada kandungan pembelajaran secara atas talian seterusnya membantu para pelajar ini untuk terus belajar,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Selain itu, Inisiatif ini juga dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan jurang digital, dengan membenarkan guru-guru dan murid-murid di mengakses kepada kandungan pendidikan secara atas talian, setelah mengambil kira faktor kekangan pembelajaran di dalam bilik darjah di saat negara mengharungi pandemik COVID-19 ini.
#Sarawak #Sabah #Komputer riba #Astro Kasih
;