Laman Utama
Astro Radio Kekal Radio Tempatan #1, 16.3 Juta Pendengar Mingguan!
Astro Radio teruja mengumumkan hasil Kajian Gfk Radio Measurement (RAM) Wave 1, 2023, yang dijalankan oleh GfK Research, merangkumi pandangan berharga tentang pendengar radio dan impak daripada program yang dijalankan terhadap pendengar di Malaysia.
Pendengar radio mencapai 96.5% individu di Semenanjung Malaysia, bersamaan dengan 21.4 juta pendengar mingguan.
Menurut kaji selidik, Astro Radio kekal sebagai radio tempatan No. 1 dengan peningkatan kira-kira 200,000 kepada 16.3 juta pendengar mingguan atau 76% daripada 21.4 juta pendengar radio sedia ada, menjadikan pengendalian jenama yang menarik dan menghiburkan antara sebab utama kesetiaan daripada pendengar.
Memperkukuh kepimpinan kami sebagai pengendali radio dengan jumlah pendengar tertinggi di Malaysia, dengan hampir 11 juta kelebihan capaian berbanding pesaing, Astro Radio mempunyai 19 juta purata aliran radio digital, 27.5 juta pengikut media sosial, 133.5 juta tontonan video dan 65.6 juta purata capaian catatan Facebook bulanan.
Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, berterima kasih kepada pendengar atas sokongan dan maklum balas berterusan.
"Maklum balas ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami untuk menyediakan kandungan berkualiti yang bersesuaian dengan pendengar kami.
"Kami akan menggunakan hasil kajian yang diperoleh daripada tinjauan ini untuk terus menambah baik pengendalian kami dan menyediakan pengalaman audio yang terbaik untuk pendengar kami," katanya.
Jenama-jenama Astro Radio terus mendahului dengan kedudukan No. 1 di kesemua bahasa: ERA, jenama Melayu No. 1; Hitz FM, jenama Inggeris No. 1; MY, jenama Cina No. 1; dan RAAGA, jenama Tamil No. 1.
Jenama Melayu di Astro Radio mencatatkan kira-kira 100,000 capaian, bersamaan 9.8 juta pendengar, jenama Inggeris pula mendapat 3.74 juta pendengar, bersamaan 87.1% capaian, manakala jenama Cina pula menerima 3.5 juta pendengar yang diterjemah kepada 73.2% capaian dan jenama Tamil menandakan peningkatan kira-kira 100,000 kepada 1.7 juta pendengar, bersamaan 90.9% capaian.
• ERA, jenama radio No. 1 Malaysia, merekodkan peningkatan pendengar mingguan kira-kira 400,000 kepada 5.7 juta. Segmen Pagi (Isnin - Jumaat, 6 pagi - 10 pagi) kekal No. 1, mencatatkan peningkatan kepada 2.9 pendengar. ERA juga mencapai peningkatan untuk Pendengar Setia Tertinggi di kalangan jenama-jenama radio lain dengan 1.1 juta.
• SINAR, kekal menjadi jenama radio kedua paling didengari secara keseluruhan dan merupakan jenama radio berbahasa Melayu No. 2 di Malaysia, dengan peningkatan jumlah pendengar kira-kira 100,000, merekodkan 5.1 juta pendengar mingguan. Segmen Pagi SINAR (Isnin - Jumaat, 6 pagi - 10 pagi) menerima peningkatan sebanyak 84,000 kepada 2.7 juta, juga mencatatkan jumlah yang sama untuk Segmen Petang (Isnin - Jumaat, 4 petang - 8 malam), membuktikan ianya Segmen Petang No. 1 di kalangan jenama-jenama radio lain.
• GEGAR, jenama radio Malaysia No. 1 di Pantai Timur, mencatatkan 1.9 juta pendengar mingguan dengan Segmen Pagi (Ahad - Khamis, 6 pagi - 10 pagi) dan Segmen Petang (Ahad - Khamis, 4 petang - 8 malam) mencapai 943,000 dan 1.1 juta pendengar untuk keduanya.
• ZAYAN merekodkan 20& peningkatan pendengar mingguan dengan mencapai 385,000. Segmen Pagi ZAYAN (Isnin - Jumaat, 6 pagi - 10 pagi) melihat peningkatan apabila mencapai kira-kira 192,000 pendengar, di mana Segmen Petang (Isnin - Jumaat, 4 petang - 8 malam) mencatatkan 187,000 pendengar. ZAYAN menerima jumlah Pendengar Setia Tertinggi dengan kira-kira 67,000.
• Dengan 2.4 juta pendengar mingguan, Hitz FM merekodkan ‘Pendengar Setianya’ tertinggi untuk jenama Inggeris sebanyak 289,000 pendengar, di mana Segmen Pagi (Isnin - Jumaat, 6 pagi - 10 pagi) yang tertinggi dengan peningkatan sebanyak 1.3 juta, diikuti Segmen Petang (Isnin - Jumaat, 4 petang - 8 malam) tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 1.3 juta pendengar, serta Segmen Hujung Minggu (Sabtu - Ahad) tertinggi di antara jenama Inggeris yang lain sebanyak 1.6 juta.
• Mix FM mencatatkan 1 juta pendengar mingguan, dengan Segmen Pagi meningkat kepada 67,000.
• Lite FM mencatatkan pendengar mingguan sebanyak 797,000 dengan peningkatan kepada ‘Pendengar Setianya’ dari 40,000 kepada 143,000.
• Pendengar mingguan di MY meningkat sebanyak 2.86 juta pendengar mingguan di mana Segmen Pagi (Isnin - Jumaat, 6 pagi - 10 pagi) dan Segmen Petang (4 petang - 8 malam) keduanya mencapai jumlah pendengar tertinggi untuk jenama radio Cina dengan 1.9 juta dan 1.8 juta pendengar. MY juga merekodkan peningkatan ‘Pendengar Setianya’ kepada 823,000.
• MELODY merekodkan pendengar mingguannya sebanyak 1 juta dan jumlah ‘Pendengar Setia’ sebanyak 210,000.
• GOXUAN mencapai peningkatan lebih daripada 50,000 untuk pendengar mingguannya sebanyak 298,000. Segmen Petang (Isnin - Jumaat, 4 petang - 8 malam) merekodkan peningkatan hampir 20,000, kepada 120,000 pendengar, serta jumlah ‘Pendengar Setianya’ kekal pada 50,000.
• RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 di Malaysia merekodkan peningkatan jumlah pendengar mingguannya kepada 1.7 juta. Segmen Pagi (Isnin - Jumaat, 6 pagi - 10 pagi) dan Segmen Petang (Isnin - Jumaat, 4 petang - 8 malam) mencapai 1 juta pendengar mingguan, dengan peningkatan kira-kira 135,000 dan 120,000 keduanya. RAAGA menerima peningkatan kepada ‘Pendengar Setianya’ dari 10,000 kepada 696,000 pendengar.
Kajian dijalankan selama 6 minggu dengan gabungan buku harian radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) diedarkan kepada 6,000 individu unik di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan tabiat mendengar mereka.
21 jenama radio komersial mengikuti kajian ini dan Astro Radio memperoleh 6 kedudukan dari 10 kedudukan jenama teratas.