Laman Utama

Astro Raih 11 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards! Projek Anchor SPM, GegarVaganza Antara Pemenang, Cayalah!

Mya Amri
01/10/2021
02:31 MYT
Sponsor Banner
Astro Raih 11 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards! Projek Anchor SPM, GegarVaganza Antara Pemenang, Cayalah!
MEASAT Broadcast Network Systems (ASTRO) berjaya merangkul 11 trofi di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA) bagi kategori nasional semalam.
Lebih manis lagi rancangan popular kegemaran ramai yang sudah bersiaran sehingga lapan musim sejak tahun 2014, GegarVaganza (Astro Ria) memenangi kategori Program Muzik dan Tarian Terbaik.
Drama bersiri premium menerusi jenama Astro Originals bertajuk Projek Anchor SPM pula berjaya merangkul anugerah Drama Bersiri Terbaik.
Untuk pengetahuan, Projek Anchor SPM yang mendapat sentuhan kreatif dua pengarah berbakat besar tanah air iaitu pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf ini pernah dilabelkan penonton sebagai antara drama setanding dengan Korea.
Bagi kategori Program atau Siri Jenama Terbaik pula dimenangi oleh Bunga's Secret Garden oleh Astro Gempak.
Bunga's Secret Garden ini juga ditayangkan di Facebook, IGTV dan laman rasmi Gempak pada 5 Januari lalu.
Dalam pada itu, drama bersiri Scammer di Astro Ria pula tidak kurang hebatnya apabila berjaya merangkul dua anugerah iaitu Suntingan Terbaik dan Trailer Terbaik.
Scammer yang mendapat sentuhan sutradara Norhanisham Muhammad itu dibintangi oleh Siti Saleha, Kamal Adli, Fasha Sandha dan Arash Mohamad menerima sambutan luar biasa penonton berikutan jalan ceritanya yang sangat menarik.
Berikut merupakan senarai penuh bagi kategori yang dimenangi Astro:
Best Music and Dance programme: Gegarvaganza (Astro Ria)
Best Drama Series: Projek Anchor SPM (Astro Originals)
Best Branded programme or series: Bunga's Secret Garden (Astro Gempak)
Best General Entertainment or Quiz or game programme: Kitchen Wards (Naura)
Best Editing: Scammer (Astro Ria)
Best Trailer: Scammer (Astro Ria)
Best Documentary Programmes (One-Off): Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita (Red Communications /Astro)
Best Documentary Series: Rebooting – Travel with Me (MEASAT Broadcast Network Systems/Astro)
Best Non Scripted Entertainment: A Grey Area (MEASAT Broadcast Network Systems/Astro)
Best Pre- School Programmes: Didi & Friends- Sunflower & Let's Learn S 5 (Measat Broadcast Network Systems/Digital Durian Animation Studio/Astro)
Best Single Drama/Telemovie/Anthology Episode: Dear God of Love Untuk info, Anugerah Asian Academy Creative Awards (AACA) ini diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta meraikan kejayaan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri kreatif dan produksi media.
Antara negara-negara yang bertanding adalah Korea, Jepun, India, Indonesia, Thailand, Singapura, Taiwan, China, Vietnam dan Filipina.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar