Drama

Astro Tampilkan Drama Adaptasi Jepun Pertama Drama Turun Ke Hati & Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Umirah Halim
13/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Astro Tampilkan Drama Adaptasi Jepun Pertama Drama Turun Ke Hati & Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
Dua drama adaptasi yang memenangi anugerah paparkan perjuangan orang dengan penglihatan yang terhad dan kesan buruk buli siber, bersiaran bermula Ogos ini di Astro Ria.

Adaptasi drama Jepun

Astro mempersembahkan dua adaptasi drama Jepun pertama yang pernah memenangi anugerah, menandakan pencapaian penting dalam barisan kandungannya sebagai peneraju industri hiburan.
Drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ akan ditayangkan bermula 12 Ogos 2024, diikuti dengan drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ pada 25 September 2024, menawarkan penceritaan yang menarik serta watak-watak yang menawan. Kedua-dua drama ini akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104), destinasi penggemar drama dengan naratif yang unik serta mencabar.
Kedua-dua drama adaptasi ini memaparkan jalan cerita yang berbeza. ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ mempunyai penceritaan komedi romantik yang merupakan drama pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri ‘Keterangan Audio’ kepada para penonton, manakala ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ menyelidik misteri pembunuhan psikologi yang penuh dengan saspens.
BERITA TRENDING: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman
BERITA TRENDING: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu, Antarabangsa, Kanak-Kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, memaklumkan Astro sentiasa mencari peluang untuk mencipta kandungan berdasarkan watak dan jalan cerita yang unik untuk menjangkaui jangkaan para pelanggan kami yang menginginkan penceritaan yang lebih menarik pada nilai pengeluaran yang tinggi.

“Drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ dan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ mengekalkan elemen penting yang telah menjadi faktor kejayaannya di antarabangsa dengan sentuhan budaya tempatan untuk menepati citarasa penonton Malaysia kami.

“Dengan pengubahsuaian jalan cerita drama-drama ini untuk lebih dekat dengan budaya tempatan serta menampilkan bakat-bakat tempatan terkemuka dan juga yang meningkat naik, kami berhasrat untuk terus menarik perhatian pelanggan kami dengan menyediakan lebih banyak cara untuk menonton drama-drama terkenal global melalui konteks tempatan, ungkapan dan kreativiti yang sesuai,” katanya menerusi kenyataan media.
Untuk info, ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ merupakan adaptasi daripada manga popular “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Uoyama terbitan Kadokawa Corporation, dan ia mengisahkan Jai, seorang samseng yang jatuh cinta dengan Iris Sofea, seorang gadis yang tidak sempurna penglihatannya.
BERITA TRENDING: Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri
BERITA TRENDING: Jiggy Hilang Sabar! Berang Netizen Melampau ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri - “Let’s Give You The Limelight That You Want…”
Walaupun mengharungi pelbagai cabaran disebabkan oleh kelemahan masing-masing, dramaini mempamerkan keindahan ketidaksempurnaan yang hanya dapat dirasai dengan kehadiran cinta dan kesetiaan antara satu sama lain.
Ciri ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan menerusi drama ini khas untuk mereka yang mempunyai penglihatan yang terhad. Para penonton hanya perlu memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu dan tekan ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ di TV atau menerusi On Demand.
Ciri ini bertujuan untuk menjelaskan elemen-elemen visual penting dalam penceritaan drama ini untuk memastikan semua para penonton dapat menikmati drama ini dengan sepenuhnya.
Membawa genre yang lebih berat dan sulit, drama ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ memaparkan sebuah insiden di dalam satu kelas di antara Cikgu Hiragi dan para pelajarnya demi membongkar misteri kematian salah seorang pelajarnya. Penceritaan drama ini menekankan kepentingan penggunaan media sosial dalam kehidupan dan keburukannya jika disalahgunakan.
Kedua-dua drama adaptasi ini merupakan penerbitan daripada Juita Viden Sdn Bhd, serta diarahkan oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang. Barisan pelakon daripada kedua-duanya turut menampilkan gandingan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Arabella, Evertts Gomes, Azri Safix, Qistina Rania, Arena Lieya dan ramai lagi.
‘Dari Mata Turun Ke Hati’ dan ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiragi’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Sinopsis:

‘Dari Mata Turun ke Hati’ mengikuti kisah kehidupan Jai, seorang remaja nakal yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea. Iris mempunyai masalah penglihatan yang dipanggil Amblyopia dan hanya dapat melihat sesuatu yang berada sangat dekat dengannya. Iris mengharungi kehidupannya menggunakan tongkat putih sehingga suatu hari, dia secara tidak sengaja menyerang Jai yang berjalan melulu di atas blok Braille yang digunakannya. Selepas kejadian itu, Jai dan Iris menjadi lebih rapat sehingga kedua-duanya mengenali antara satu sama lain dan akhirnya, saling jatuh cinta. Jai melakukan segalanya untuk menyenangkan Iris selepas mengetahui tentang penglihatannya.
Namun, perbezaan masing-masing merumitkan hubungan mereka. Jai dan Iris kini perlu memilih untuk mengatasi masalah ini demi cinta mereka, atau mengambil haluan masing-masing. Penceritaan drama ini turut berdasarkan daripada drama
“Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Yuko Matsuda dan diterbitkan oleh Nippon TV.‘Dari Mata Turun Ke Hati’ akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis menerusi slot MegaDrama, bermula 12 Ogos 2024, jam 10 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand,Astro GO dan sooka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar