Laman Utama

ATNM2: Busker Menangis Dinobat Juara, Kaut RM50,000 - "Saya Memang Dah Lama Nak ..."

Syafiqah Jalal
05/02/2023
15:26 MYT
Sponsor Banner
ATNM2: Busker Menangis Dinobat Juara, Kaut RM50,000 - "Saya Memang Dah Lama Nak ..."
Busker dan artis kebudayaan, Khairul Nizam akhirnya diumumkan sebagai juara All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) di pentas akhir konsert itu malam tadi.
Khairul Nizam yang mesra dengan panggilan Kroll itu telah berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.
“Terima kasih semua…dah lama saya nak masuk dalam bidang ini sebab saya memang suka menyanyi.
“Dulu saya cuba dan cuba tapi hari ini saya kira dah berjaya. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik selepas ini,” ucapnya sambil mengalirkan air mata.
Hadiah trofi dan wang tunai disampaikan oleh ketua juri atau kapten ATNM2, Datuk Syafinaz Selamat sejurus selepas Kherol dimumkan juara.
Pada pusingan pertama Kherol mendapat 100 markah hasil daripada undian 50 juri yang berpuas hati dan bangun dengan persembahannya.
Namun Kroll dinobatkan juara selepas undian kali kedua oleh 50 juri kerana markahnya pada pusingian Sing-Off iaitu 94 markah, seri sama dengan Jasper.
Manakala Lazarul terpaksa akur apabila terpaksa pulang begitu sahaja apabila mendapat markah terendah di pusingan Sing-Off iaitu sebanyak 72 markah sahaja.
Pentas akhir ATNM2 menampilkan 16 peserta yang berjaya dari konsert lapan minggu sebelum ini untuk berentap untuk merebut gelaran juara.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar