Laman Utama

Atta Halilintar Mahu 15 Orang Anak Dari Aurel Hermansyah, Pakar Seksologi; "Kasihan Juga..."

Amri Hassan
07/04/2021
02:55 MYT
Sponsor Banner
Atta Halilintar Mahu 15 Orang Anak Dari Aurel Hermansyah, Pakar Seksologi; "Kasihan Juga..."
Selepas selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri, YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar mengakui keinginannya untuk mendapatkan 15 orang zuriat bersama isterinya, Aurel Hermansyah.
Kata Atta, 27, dia berharap agar Tuhan memakbulkan impiannya untuk membina sebuah keluarga yang besar bersama anak kepada diva terkenal, Krisdayanti itu.
"Ya saya berharap dan ingin memiliki 15 orang anak bersama isteri saya, Aurel. Semoga Tuhan memakbulkannya.
"“Tapi kalau tidak dapat (15 anak) tidak mengapa. Yang penting isteri saya sihat selalu," katanya.
Pada masa sama, pasangan itu telah bertemu dengan doktor pakar untuk bertanyakan kaedah untuk mendapatkan cahaya mata kembar.
Kenyataan Atta itu menjadi buah mulut ramai hingga menarik perhatian pakar seksologi Indonesia, Dr. Boyke Nugraha.
Kata Dr. Boyke, Atta seharusnya mempertimbangkan keinginan Aurel sebelum menyatakan impiannya untuk memiliki anak yang ramai.
"Ertinya apa, kasihan juga kalau sampai ada anak yang ramai, Aurel bukan sekadar suri rumah tangga.
"Dia juga punyai karier, ada potensi, bakat tapi nanti pada masa sama mempunyai anak yang ramai," ujarnya.
Justeru, Dr. Boyke menasihati pasangan itu agar mendapatkan anak angkat sekiranya ingin mempunyai ramai cahaya mata.
Pasangan pengantin baharu itu dikhabarkan akan berbulan madu di Dubai
Sumber: Detik Hot
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar