Laman Utama

“Aunty Kesayangan Teman Dekta…”- Siapa Wanita Yang Anak Shuib Peluk? Ramai ‘Restu’ Jadikan Ibu Tiri

Syafiqah Jalal
10/02/2022
05:32 MYT
Sponsor Banner
“Aunty Kesayangan Teman Dekta…”- Siapa Wanita Yang Anak Shuib Peluk? Ramai ‘Restu’ Jadikan Ibu Tiri
Anak perempuan Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahr, 9, dilihat sudah menyayangi seorang wanita yang dikatakan telah menemaninya dan menggembirakannya.
Namun ia meninggalkan tanda tanya tentang siapakah wanita misteri itu kerana menerusi sebuah video yang dikongsikan menunjukkan Talita atau mesra dengan panggilan Dekta sedang memeluk mesra tanpa mendedahkan wajahnya.
Video berkenaan dimuat naik ke akaun Instagram milik ibunya sebelum ini.
“Aunty kesayangan teman Dekta kerja… Kalau tak ada aunty tak nak kerja.. haihhh, nasib baik aunty tak busy rajin melayan,” tulis kapsyen dalam entri tersebut.
Rata-rata mula meneka siapa wanita itu malah ada beberapa nama sudah mula disebut antaranya, pelakon Wan Sharmila dan model Sharifah Rose.
Tidak kurang juga ada yang telah ‘merestui’ wanita itu jika benar ia bakal ibu tiri Dekta.
“Ada jugak yang boleh dia peluk untuk luah rasa rindu..semoga terus kuat adik,” kata salah seorang warga net.
“Harap yg terbaik saja. semoga insan baru ini dapat mencintai anak-anak arwah dan shuib seperti anak kandung,” komen salah seorang netizen
“Boleh nmpk Dekta sangat rindukan pelukan seorang ibu....,” kata salah seorang warga maya.
Terdahulu Shuib ada memberitahu dia kini sedang berkawan dengan seorang wanita namun akui belum serius.
Malah ibunya juga seolah-olah sudah memberi restu jika Shuib mahu berumah tangga kembali.
Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Ferbruari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar