Laman Utama

‘Autopilot’ Cerita Perjalanan Muzik Kayda Dari Zaman ‘MySpace’...Fuh!!!

Fiza Kamarudin
18/10/2020
16:30 MYT
Sponsor Banner
‘Autopilot’ Cerita Perjalanan Muzik Kayda Dari Zaman ‘MySpace’...Fuh!!!
Penyanyi rap wanita Kayda yang juga anak kepada ratu jazz negara, Datuk Shila Majid dan komposer popular Roslan Aziz kembali dengan single terbaharu berjudul Autopilot.
Kayda atau nama sebenarnya, Wan Nur Khaleda Aziz, 29, turut mendapat kerjasama komposer dari Amerika Syarikat, The Cxdy.
Kayda turut bergandingan dengan pendatang baru dari negara Uncle Sam itu, Ish yang turut terlibat dalam pembikinan Autopilot.
Autopilot menceritakan tentang kisah perjalanan saya dalam bidang muzik, bermula daripada membuat persembahan hip-hop kecil-kecilan sewaktu remaja, kemudiannya memuat naik lagu-lagu ciptaan saya di MySpace dan sentiasa konsisten dalam pembikinan muzik secara terus-menerus.
Autopilot ini tercetus ketika saya ke studio rakaman berjumpa rakan-rakan, memilih irama yang sesuai, merakamkan apa yang telah saya coretkan di rumah dan tak sangka menjadi!
“Selepas itu datang pula seorang rakan yang ingin menaja video muzik dan keseluruhan projek ini ,” katanya kepada Gempak.
Tambah Kayda lagi, lagu Autopilot yang dirakamkan di Kaya Butter Studio hanya mengambil masa selama beberapa jam sahaja untuk dihasilkan. “Sebenarnya lagu dan video muzik Autopilot telah dihasilkan setahun yang lalu pada bulan Julai 2019, akan tetapi pada ketika itu pihak pengurusan bercadang agar ia ditangguhkan terlebih dahulu dan saya percaya pada keputusan mereka.
“Apa yang saya pelajari adalah percaya pada aturannnya dan setiap perkara pasti terjadi, ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi apa yang patut terjadi akan berlaku pada masanya.
“Inilah yang dikatakan ‘autopilot’, kita rancang dan dia akan bergerak sendiri mengikut flow,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kayda kini sedang giat mempromosikan lagu terbaharu ‘Skills4All’ bersama KRU Music dan Waris, sebuah inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menggalakkan pembelajaran teknikal serta vokasional di kalangan anak-anak muda.
Lagu ‘Autopilot’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Joox, Deezer dan Apple Music.
Video muzik lagu ‘Autopilot’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran rasmi YouTube Warner Music.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar