Hiburan

Awal Cemburu Lara Alana Belajar Benda Baru Dengan Orang Lain

Ahmad Shah
24/07/2016
02:55 MYT
Sponsor Banner
Awal Cemburu Lara Alana Belajar Benda Baru Dengan Orang Lain
Pelakon Awal Ashaari akui sedikit cemburu apabila anak perempuannya Lara Alana, 2, belajar perkara baru tanpanya disisi.
“Betullah bila orang kata anak yang kecil membesar dengan cepat. Saya rasa masa saya dengan Lara berlalu sangat pantas.
“Sekejap saja dia dah berusia dua tahun, masih banyak lagi perkara yang saya rasa terlepas pandang kerana sibuk bekerja.
“Secara jujur, saya akui kadang-kadang rasa cemburu bila dia belajar perkara baru dengan orang lain.
“Contohnya bila kita balik kerja, tiba-tiba dia sebut ‘book’, saya akan rasa macam alamak bila dia belajar sebut perkataan ni?
“Betapa ruginya kita sebagai ibu bapa bila terlepas momen-momen menarik seperti itu,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir Lara Alana ke 2 tahun bertempat di Little Kingdom, Maju Junction, Kuala Lumur pada Sabtu.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penambahan zuriat, Awal memberitahu belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan tidak memberikan kasih sayang secukupnya pada anaknya, Lara Alana.
“Lara pula baru berusia dua tahun dan masih banyak lagi perhatian dan kasih sayang yang perlu kami berikan kepada dia.
“Alhamdulillah Lara membesar dengan baik cuma dia saya rasa dia pun masih belum sedia untuk terima adik.
“Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk, jika ada adik nanti sudah pasti kasih sayang kami akan terbahagi kepada dua.
“Lagipun dia masih kecil sepatutnya pada usia dia yang sebegini, kami perlu sentiasa ada disisinya.
“Nanti bila dia lihat kami lebihkan adik, apa pula perasaan dia, jadi kalau boleh saya mahu tunggu dia besar sedikit sebelum ada adik,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Awal dan Scha baru saja selesai menyambut majlis hari lahir Lara yang kedua.
Majlis tersebut berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh rakan selebriti seperti Neelofa dan Fouziah Gous.
Di sisni Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik majlis hari jadi Lara:
Kredit Foto: Instagram Lara Alana
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar