‘Axia Rahmah’ Jadi Tumpuan, Selain Harga Tersangat Mampu Milik, Ini Fakta Lain Yang Anda Perlu Tahu
Semalam, Perodua telah memperkenalkan semula varian Axia E, yang dijual pada harga RM22,000 - menjadikan ia sebagai model paling murah di Malaysia setakat ini, ramai yang melabelkan Axia berkenaan sebagai Axia Rahmah.
Ansuran yang murah
Merupakan kali pertama harga model Perodua yang sama diberikan untuk pasaran di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Sasaran Perodua adalah untuk menarik perhatian penunggang motosikal untuk beralih kepada kereta.
Penampilan serupa
Jika dilihat pada penampilan, tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan Axia E versi 2017 dan 2019.
Kelengkapan asas
Antara kelengkapan asas yang ada pada Axia E termasuklah rim besi, dua beg udara tanpa ABS. Radio dan pembesar suara seperti sebelum ini tidak disediakan.
Enjin
Enjinnya juga sama seperti Axia E yang lama, dengan unit 1KR-VE 1.0 liter NA tiga-silinder VVT-i yang menjana sebanyak 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm pada 4,400 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi manual lima-kelajuan. Axia E ini juga kekal dengan panarafan empat-bintang untuk ASEAN NCAP yang ditauliahkan oleh MIROS.
Warna
Sebanyak tiga piliha warna ditawarkan kepada pengguna iaitu Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey.