Laman Utama
Ayam Punya Hal, Shakira Pecat Pekerja
Nama penyanyi Shakira saat ini hangat kerana kes penipuan cukai berjumlah sekitar RM65 juta.
Selain kes tersebut menjadi fokus, banyak sisi buruk lain penyanyi yang dijangka akan naik mahkamah untuk menyelesaikan isu cerai dan hak penjagaan dua anaknya bersama Gerard Pique boleh tersebar kepada umum.
Salah satunya adalah kisah bintang berusia 45 tahun itu memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diminta.
Menerusi laporan Marca, hal itu terbongkar menerusi sebuah dokumentari yang ditayangkan saluran La Sexta dengan judul Equipo de Investigacion.
Dokumentari tersebut telah menampilkan mantan pekerja Shakira yang mendedahkan dipecat penyanyi itu kerana tidak mengikut arahan yang diberikan.
Mereka yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Divier dan Maritza adalah tukang masak di rumah penyanyi itu.
“Satu hari Divier menggantikan isterinya, Maritza yang sudah memasak sepanjang minggu untuk 17 orang yang tinggal di dalam kediaman Shakira.
“Pada tengah malam, Shakira meminta Divier untuk memanaskan ayam buatnya. Namun lelaki itu mengaku terlalu keletihan kerana telah memasak seluruh hari untuk 17 orang dan dia tidak larat untuk bangun serta memanaskan ayam yang diminta.
“Jadi Shakira kata jika tidak memanaskannya, (ayam) dia dipecat. Dan dipecat hanya kerana menolak memanaskan ayam pada tengah malam,” lapor portal tersebut menerusi temubual yang dilakukan oleh wartawan dari Miami, Javier Ceriani.
Pasangan tersebut juga mendakwa, mereka tidak hanya ditugaskan untuk memasak, tetapi melakukan kerja kerja domestik seperti mengatur pembersihan rumah.
Kredit Foto: Marca