Laman Utama

Azad Jasmin Teringin Menikah Lagi, Eira Syazira Izinkan

Fiza Kamarudin
22/09/2020
01:28 MYT
Sponsor Banner
Azad Jasmin Teringin Menikah Lagi, Eira Syazira Izinkan
Pelakon Azad Jasmin mendedahkan isterinya aktres Eira Syazira memberi kebenaran kepadanya untuk bernikah lagi.
Azad berkata dia memberitahu kepada isteri tentang hasrat tersebut dan tidak pernah dihalang Eira, malah memberi sokongan.
“Memang saya teringin nak ‘menikah’ lagi. Isteri saya tak kisah nak menikah berapa kali pun dan dia izinkan.
“Dengan syarat, kena bersanding dengan orang yang sama iaitu dengan dia. Saya pula memang dah lama menyimpan hasrat nak bersanding sekali lagi.
“Jadi saya rasa pada ulang tahun kami yang kesembilan ini dengan memiliki tiga orang anak adalah waktu terbaik untuk realisasikannya,” katanya.
Ezad dan Eira bersanding sekali lagi pada majlis ulangtahun kesembilan perkahwinan mereka pada 16 September lalu.
“Alhamdulillah berkat bantuan adik kandung, adik ipar dan rakan kongsi produk Bobba Fitz. Dengan bantuan penaja lain termasuk Rass Deco, jadilah apa yang saya impikan,” katanya.
Tambah Azad, apa yang dilakukannya itu juga sebagai menghargai Eira.
“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.
“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” kata Azad.
Selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Azad dan Eira dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan Areisya Suri Rose, 2.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar