Laman Utama
Azeem Fahmi Sah Melakukan ‘False Start’, Netizen Tetap Beri Sokongan - “Tak Per Dik, Bangga Kau Dah Sampai Sana”
Pelari negara Muhammad Azeem Fahmi meraih simpati rakyat Malaysia apabila penyertaannya di dalam saringan kedua acara 100meter (m) dibatalkan.
Menerusi platform TikTok Astro Arena, Azeem dengan wajah kecewa masuk kembali ke dalam bilik persalinannya setelah mendapat arahan daripada pegawai sukan.
Atlet berusia 18 tahun itu tidak dibenarkan untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan dan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.
undefined
Sementara itu di laman sosial Twitter, tanda pagar #JusticeForAzeem menjadi trending selepas ramai wargamaya menunjukkan sokongan yang tak berbelah bagi pada pelari pecut muda negara itu.
“@Fan:Bayang kan die berlatih siang malam, macam tu je , sakit mat.”
“@Ulala:Fuhhh sakit mat... train berbulan-bulan untuk Sea Game ni... then bila game day kena foul gitu ja.”
“@wafiyjea:anggap jela itu titik permulaan untuk kejayaan suatu hari nanti.”
“@Mieza:TAK PER DIK.. kami rakyat Malaysia.. bangga kau dah sampai sana.”
“@ChiechieAhmad:Sorry for you Azeem, it's okay. come back Stronger.“
“@marissa:keep strong Azeem, we know you work really hard to go to Sea Games.”
“@Mohd Aleyp:kesian tengok. Mungkin dah training berhari hari, berjam-jam tapi.. hmm .. aku yang tengok pun dapat rasa kecewa dia macam mana.”
Sementara itu, Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd. Manshahar Abdul Jalil mengesahkan bahawa Azeem Fahmi sah melakukan ‘false start’ pada saringan 100m lelaki di Stadium Nasional My Dinh sekaligus menyebabkan impian Malaysia meraih emas hatrik acara berkenaan tidak tercapai.
Pada aksi final, seorang lagi pelari negara, Arsyad Md Saat menduduki tempat keenam sekaligus impian negara untuk meraih emas hatrik selepas dua kali berturut-turut meraih emas acara berkenaan pada 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 (Manila) terus berkecai.
Pelari Thailand, Puripol Boonsoon, muncul juara manakala pingat perak menjadi milik seorang lagi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan gangsa diraih, Marc Brian Louis dari Singapura.