Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq Buat Netizen Cemburu; “Wow, Ini Another Level!”
Sesi minum petang di antara selebriti media sosial Azfar Heri dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq mencuri perhatian ramai.
Menerusi kemaskini terbaharu di Instagram, Azfar berkongsi momen pertemuan tersebut dan menyifatkan perjumpaan empat mata bersama Saddiq sebagai satu perkara yang seronok.
Sempat bertukar pandangan dan berkongsi ilmu baharu antara mereka, Azfar dalam masa sama turut memuji sifat Saddiq sebagai seorang yang peramah.
“Semalam plan harini terus jumpa. Ini adalah momen yang seronok dapat berjumpa secara personal.
“Terima kasih di atas perkongsian yang diberikan dan yang penting sama sama belajar benda baru hahahaha.
“Sangat casual and peramah, yang penting setiap kali sebut badminton je teringat video tu haha tak boleh la. Jumpa lagi nanti,” katanya.
Sementara itu, menerusi platform sama, Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar turut memuat naik beberapa foto bersama Azfar ketika sesi minum petang tersebut.
“Sesi mendengar dan kena perli dengan Azfar Heri haha. Dia seorang yang baik dan sangat memberi inspirasi. Lepas ni wajib datang Muar,” tulis Saddiq pada kapsyen.
Dalam pada itu, Saddiq sempat berseloroh mengatakan beliau akan mengadakan satu perlawanan badminton bersama Azfar untuk mengembalikan maruahnya yang sudah tercalar.
“Lepas ni wajih pergi main badminton untuk kembalikan balik maruah yang tercalar haha,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya merasa ‘dengki’ dan cemburu melihat Azfar berpeluang berjumpa Saddiq secara peribadi.