Hiburan
Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik
Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan dia menyokong seandainya anak perempuannya, Kasih Iris Leona mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Anggap Leona Ada Matlamat
Menurut aktor berusia 53 tahun itu, dia menerima keputusan tersebut dengan baik dan percaya Leona mempunyai matlamat sendiri dalam hidup.
"Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin waktu itu, mungkin sehingga sekarang saya masih membujang.
"Saya percaya Leona mungkin sudah dapat apa yang dia nak sehingga mahu berkahwin pada usia muda. Mungkin juga dia sudah membayangkan untuk mempunyai keluarga sendiri.
"Sebagai bapa saya bersyukur dia nak berkahwin, Alhamdulillah. Namun saya belum bersedia untuk menjadi datuk pada masa sekarang, tapi kalau ada cucu pasti mereka akan gembira sebab saya ada banyak anak patung di rumah," katanya.
Bakal Menantu Perlu Ada Sijil
Bercerita lebih lanjut, Azhar mengakui dirinya merestui sesiapa sahaja yang menjadi pilihan puterinya namun berharap agar jejaka berkenaan mempunyai sijil dalam bidang akademik."Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik.
"Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini. Sekarang sijil penting, kalau tiada tak boleh buat apa," ujarnya.BERITA TRENDING: Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”
BERITA TRENDING: Sedia Berkahwin Lepas Tamat Pengajian, Leona Mahu Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa - "Saya Hanya Nak Menjadi Seorang Ibu"
BERITA TRENDING: Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"
BERITA TRENDING: Letak ‘Standard’ Tinggi Terhadap Lelaki, Leona Sukar Cari Jodoh - “Gigi Kena Teratur, Rupa Saya Tak Kisah Sebab Kebanyakkan Bekas Kekasih Bukanlah Kacak”
Terdahulu, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia ada memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Kasih Iris Leona Azhar, 22, berkata, dia masih tidak mempunyai calon suami, namun tetap berharap mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda.