Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aziz M Osman Bercerai Dengan Puteri Lily Lokman Selepas 13 Tahun Berkahwin

Syafiqah Jalal 06/08/2023 | 14:03 MYT
Aziz M Osman Bercerai Dengan Puteri Lily Lokman Selepas 13 Tahun Berkahwin
Pengarah Aziz M Osman bercerai dengan isteri, Puteri Lily Lokman selepas 13 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Menurut Berita Harian, kenyataan itu dibuat Puteri Lily menerusi Instagram Stories (IGs).
Puteri Lily berkata, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.
"Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz.
"Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah," tulisnya.
Sungguhpun begitu, Puteri Lily berkata, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.
"Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.
"Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak," katanya.
Tambah Lily, anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, menerima keputusan perpisahan dengan tenang.
"Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. I'm trying my best," luahnya.
Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.
Ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Aziz. Sebelum ini, pengarah filem XX Ray itu mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.
Selepas berpisah dengan Nor Aliah, Aziz berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.
Aziz kemudian berkahwin dengan Puteri Lily pada 6 Jun 2010
;