Azmi Hatta Nampak Muka Faye Kusairi Dalam Solat Istikharah
Pengarah Azmi Hatta atau nama sebenarnya Azmi Mohd Hata, 41, mengakui serius bercinta dengan pelakon Faye Kusairi selepas diberi petunjuk melalui solat Istikharah.
"Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar.
"Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu," katanya.
Menurut Azmi, tujuan akuan sumpah itu dibuat bagi memulihkan serta membersihkan namanya dan juga Faye Kusairi telah dituduh dan dilempar pelbagai tomahan, termasuk menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan Elly.
"Disini saya mahu bersumpah bahawasanya dakwaan yang mengatakan Faye Kusairi punca saya berpisah dengan Elly Mazlein adalah tidak benar.
"Saya mengadakan sidang media ini bagi membersihkan nama baik saya dan Faye serta keluarga sekaligus menghentikan segala provokasi di media massa selama ini," katanya.