Azrinaz Mazhar Hakim Pertama Kali Berpisah Dengan Anak-Anak, Anggap Bukan Keputusan Mudah – “Kali Ini Saya Kuatkan Hati”
Pertama Kali Berenggang
Menurut Azrinaz, keputusan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suami tersebut bukanlah suatu keputusan yang mudah.
“Ini adalah pertama kali saya dan suami berpisah dengan anak-anak semenjak mereka dilahirkan 5 tahun lalu.
“Sejujurnya ia bukan keputusan yang mudah bagi saya untuk meninggalkan mereka apatah lagi mereka tidur bersama kami setiap malam,” kongsinya.
Umrah Terakhir Pada 2019
Kongsi Azrinaz lagi, perancangan untuk ke Kota Suci adalah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat lagi namun dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak.
“Kali terkahir kami mengerjakan ibadah Umrah pada 2019 ketika Malaykha dalam kandungan 4 bulan,” kongsinya.
Serah Kepada Yang Maha Esa
Dalam pada itu, Azrinaz turut memohon doa agarnya urusan ibadah umrahnya bersama suami dipermudahkan.
“Insya-Allah kali ini saya kuatkan hati, tawakal dan serahkan kesemua urusan anak-anakku dalam penjagaan Allah S.WT.
“Kerana ini adalah panggilan dariNya yang tidak dapat ku lepaskan. Sesungguhnya apa yang akan dan tidak berlaku adalah kehendakNya.
“Kami mengambil peluang ini untuk memohon maaf atas segala kekurangan, terkasar bahasa, mohon halal segala-galanya. Semoga Allah makbulkan segala doa kita,” tutupnya.
Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya pada 1 Mei 2018.